Showing posts with label topik raya. Show all posts
Showing posts with label topik raya. Show all posts

Friday, May 31, 2019

Dilema Pengantin Baru Bila Balik Kampung

Ai cakap dengan kawan2 kat group wassap semalam,  FB sejak dekat nak raya ni dibanjiri dengan post2 atau quote2  berupa garis panduan  suami isteri bila beraya di kampung.   Ada post yg ok... dan ada juga yang macam nak melaga2kan orang.    Malah ada yg semacam menakut2kan orang nak kawin pun ada... seolah2 raya kat Malaysia amatlah complicated. 

Maaf ye.. pada pendapat ai... lebih baik beri solution dari terus jadi ikan pelaga.   Kita kan raya nak happy2. 

Contoh solutionnya...

Let say...  bila ada orang balik kampung asik busy mengulit anak,  tak tolong apa2.   Cuba bagi idea yang bernas.   Contohnya :-

Sebagai tuan rumah apa kata sediakan ikan bilis sebakul...  mintak "mereka" siang.  Atau  sediakan seguni bawang untuk "mereka" kupas.   Atau at least segenggam sayur untuk dipotong. Ini bukan membuli.. tapi kaedah2 sebegini akan menghilangkan kecanggungan seseorang sebagai ahli baru dalam sesebuah keluarga, seterusnya akan menjadikan mereka rasa diperlukan.   Rasa diperlukan akan menjadikan mereka berasa disayangi seterusnya melahirkan 1 institusi keluarga yg bahagia.

Then ucapkan kata2 pujian...

"Ohhh pandainya menantu Mummy kupas bawang.."

Atau.. let say bila nak suruh dorang balik kampung.. sebut lah begini..

" Eh bila kau nak balik ni  Nancy?. Mama tak sabar nak buat ketupat sama2 bawah pokok gandum macam tahun lepas.."


Haaa gitchew.

Then.. done with that.   Esok up grade untuk task lain pulak   yg lebih mencabar sikit contohnya beri peluang masak nasi,  buat karipap dsbnya.





Sebabnya tak semua orang bernasib baik dilahirkan sebagai Chef.    Ada yg dilahirkan sangat pemalu, introvert dan kurang keyakinan diri.   Ada pula yg sebenarnya rajin.. tapi kurang bertenaga pula bila dah menempuh perjalanan jauh atau gi beraya.   Mungkin kurang vitamin.. kurang minum manis.   Last2 bila nampak dapur je terus diserang fobia.. mungkin tak pandai buat keja di khalayak ramai. 

Tambah2 pula bila malam sebelumnya keresahan terkebil2 insomnia tak lena tido di "tempat baru" (I mean rumah mertua mereka tu lah) .    Last2 pepagi blurrrr tak tau nak capai apa.  Padahal rajin di rumah sendiri.    Ini contoh saja lah ye..  drama rekaan semata berdasarkan andaian Miss Mirror.    Hahahaha...

Oh ye... SOLUTION untuk permasalahan di atas :   Minum susu atau apa2 je yg memberi tenaga supaya kekal cergas dan tido awal.    Selalu lah berry... kalau tak dpt berry memang mengganggu produktivity.






Ai optimis mengatakan.. mostly gadis2 Melayu "boleh" memasak sebenarnya... sekurang2nya goreng sayur untuk suami.   Sedangkan anak lelaki ai pun pandaiii sgt masak.  Ehhh puji anak.

Fahamilah... sebelum kawin pun rasa2nya setiap individu itu ada effort dan niat utk memberi yg terbaik buat family baru mereka. 


Bajet diva?. 

So.. seandainya mereka dok terperuk dalam bilik tak keluar2 tu.. mungkin ada perkara2 yg menjadi "halangan" mereka.   Halangan itu mungkin berupa sesuatu yg mengguris hati oleh persekitaran  dan seumpamanya.  Mungkin juga halangan aurat. Tak kan mungkin orang nak memalukan diri sendiri bajet2 diva tanpa alasan yg kukuh dan memaksa. 

Solution =  kaunseling dan dekati sebelum bertambah parah.

Solution kedua = buang bilik... tak yah buat bilik.  Biar dia tido kat sofa.. hahahaha... gurau.    (hashtag : donepembaris).


Sekian.    Maaf andai ada terkasar bahasa.  Ini sekadar pendapat peribadi. 

p/s. : Dilarang mengumpat di ruangan komen.  Ini bukan page rumahtangga.


Sunday, August 5, 2012

Adat "BERBALAS HIDANGAN" menjelang akhir ramadhan, masihkah popular?

Budaya berbalas hidangan yang popular di kalangan masyarakat Jawa (msykt Melayu juga mungkin) ketika akhir2 ramadhan, atau dikenali sebagai "munjung" perlukah dikekalkan atau sebaliknya?.   I  rasa boleh juga dikekalkan... tapi biarlah berjadual untuk mengelakkan pembaziran.   

Paling beruntung dalam adat yg hampir luput ini ialah abang/kakak yg sulung ler sbb mengikut pendapat sorang kawan jawa I yg enggan namanya disiarkan di sini (cewah dah mcm baca berita plak I ni kann..), masa ni la timenya si kakak/abg td akan menerima pelbagai sajian dlm mangkuk tingkat pelbagai bentuk dan rupa dari adik2 mereka.

(Dah hampir luput ke adat ni? I la org yg bersekongkol meluputkannya tuu.... hahaha, sorry la ya abg dan kakak2ku, tak koser la nak "mengemail" segala masakanku... nak makan air tanganku sila la dtg ke rumah ye... sedap tau bangkit cheesku... tapi dah abis ).


cantik LV ni kann...
Oleh kerana I ni kategori kakak ipar sulung (jika menurut salasilah family IRP yg sulung itu)... maka, I tak nak la ayam ke atau segala bentuk makanan macam kak long2 zaman dulu sebab dah milinium kan.. kena ubah sikit cara yg lebih praktikal, tak nak la susahkan diorang untuk kelentang kelentung kat dapur posa2 mcm gini... penat nanti..... jadi apa kata just postkan je... tak banyak.... sebuah handbag je... brand coach please.. ngeh ngeh ngeh... 

Korang masihkah mengekalkan adat ini?.  Perlukah dimansuhkan dgn motif utk mengelakkan pembaziran?.  Maklum je la  bila dah semua menghantar menu yg sama dlm satu hari.

p/s :  Bila la dapat jenjalan ke JPO lagi... jenjalan je... belinya belum tentu.