Rakan-Rakan Seperjuangan

Saturday, December 6, 2008

RESIPI MEMBUAT MEE KUNING

Resepi Mee Kuning...
Anda sangat suka makan mee bandung, mee hailam tetapi anda malas untuk ke kedai membeli mee kuning? Hari ini MM sertakan resepi membuat mee kuning untuk anda cuba. Resepi ini juga satu penyelamat kepada salah seorang blogger yang tegar bernama Norman Hakim (bukan nama sebenar) yang "was-was" sangat untuk memakan mee.



Anda nak tahu, dia ni datang la rumah MM, punya la exited MM sediakan juadah mee seawal pagi menyediakannya, yang memang sedap sangatlah (anak MM je yg puji.... orang lain tak de punnnnn..), tapi si Norman ni terkulat-kulat la pulak nak makan. .. dia cakap dia dah lama tak makan mee kuning...


M
ungkin dia ada alasan tersendiri yang kita tak tahu. Jadi apa kata kalau kita mencubanya sendiri di rumah.

MEE KUNING

6 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar garam
1 biji telur
1 1/2 sudu air abu (waaaa....sorry ya MM tak tahu pun apa tu air abu...tanyalah orang-orang tua ya.. hahaha)

CARANYA:

  • Satukan garam, air abu dan air di dalam satu bekas
  • masukkan ianya ke dalam tepung dan gaul rata
  • Uli sehingga sebati dan ketul-ketulkan
  • Gelek dengan mesin 5-6 kali
  • Potong dengan mesin
  • Rebus dalam air mendidih hingga terapung
  • gaul mee dengan minyak sepenuhnya.
Selamat mencuba dan berbisnes!.

2 comments:

  1. WAH, Dah pandai buat MI kUNING, BOLEH BUKA KILANG NI. bYK MI KAT PASARAN tu meragukan pembuatannya.

    ReplyDelete
  2. Ha ha ha..

    MM nak cabar readers utk cuba dulu resepi ni. Klu menjadik tu, bukalah kilang ya.

    ReplyDelete

Terima kasih atas segala komen yg ditinggalkan... Puan Mirror akan membalas kunjungan anda bila berkelapangan.