Hari minggu hari yang sibuk. Eh terbalik pulak ya? Tapi begitulah hakikatnya kehidupan MM ni sebab tu tak sempat nak tulis panjang-panjang hari ini.
MM baru balik dari menghadiri satu party di tepi tasik. Meriah giler sambutannya.. Tapi malas pulak hari ini nak bawa kamera sebab MM terlalu sibuk dan cuaca bagai tak mengizinkan untuk MM bershooting-shooting ni... karang rosak pulak video camp pemberian yang tercinta ni terkena titisan-titisan hujan sebagaimana titisan air mata si Shashal yang enggan turun dari kereta. Terpaksa la ayahnya menemaninya di dalam kereta dan kami yang bertiga yang perempuan ini mengatur langkah menuju ke balai-balai yang sudah dihias cantik.
Dari kejauhan sudah terlihat segerombolan keluarga yang masing-masing berbaju merah menyala.
"Alamak lupa la pulak aku nak baca kad jemputan.
ATTIRE : RED COLOUR.... "
"Ishh napa la aku bleh tak teringat ni... ah lantaklah" bisik hati kecil MM,
"tak kan diorang nak halau aku pulak dah berbaju lip lap ni."
MM pun dengan yakinnya masuk je ke kawasan tasik yang dah dipenuhi oleh ramai orang tu sambil menikmati muzik rancak yang dimainkan.
Sebelum menghadiri party tu, pagi tadi semasa MM makan di Secret Recipe JJ, MM menerima panggilan dari si COMEI.. Tahniah la COMEI, bertambah-tambah rezeki ko di dalam berbisnes ni. MM tahu bisnes ON LINE ni memang mudah mendapat tempat. Lagi-lagi di Kuala Lumpur tu. Produk "yang itu" memang sentiasa menjadi sebutan. MM memang sentiasa positif mengatakan jika COMEI kekalkan semangatnya yang sentiasa menyala-nyala tu beliau akan berdiri sebaris dengan idolanya. (Idola ko tu Comei adik dia kawin dengan sepupu aku).
COMEI ialah Millionaire in the making. I do pray for you my friend.
WAH PANDAI KO YE....OOOOO..IDOLA AKU TU...RAYA JE DPT JUMPA DIA...DIA BOLEH JADI JUTAWAN WALAUPUN HANYA SAMPAI FORM 3 JE...KITA SUDAH TENTU X MUSTAHIL KAN...
ReplyDeleteInsyaAllah tak mustahil Mei asalkan:
ReplyDelete1) Maintain "semangat" spt skrg
2) Tidak goyah oleh kritikan
3) Doa, yakin dan tawakal
Pasti NGETOP!!!