Sunday, February 1, 2009

KEK ASAM MANIS KUKUS






Sorry la gambar kat atas tu macam tak releven pulak dengan resepi yang MM nak bagi ni... Sebenarnya gambar tu diambil masa birthday Qistina tempohari yang kami celebrate di tadikanya. Tak ada pun MM membuat kek asam manis kukus tu, so tak ada la gambarnya...


BAHAN-BAHANNYA


250 gm tepung biskut cream crakers


250 gm mentega atau bersamaan 1 buku


200 gm gula halus


5 biji telur ayam


4 paket asam manis


1/2 tin susu pekat manis


1/2 sudu kecil serbuk vanilla





CARA



Pukul gula dan mentega sehingga kembang (bahan A)


Pukul berasingan telur putih dan telur kuning (maksudnya pukul di dua bekas yg berbeza) (bahan B)


Masukkan Bahan2 B ke dalam Bahan A


Masukkan hancuran cream cracker (jd tepung) dan serbuk vanilla


Gaul rata dan masukkan susu pekat manis


Buat 2 adunan dan warnakan masing-masing merah dan satu lagi hijau


Kukus secara selang-seli dengan asam manis (setiap 15 minit)


Kukus sehingga habis semua lapisan hingga masak.

















No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...