Tuesday, February 17, 2009

LUKISAN HATI...

I'm back?? Miss Mirror kembali? Bukan MM je yg kembali... pc MM telah kembali ke pangkuan MM dengan "sihat"nya. Kopak dah duit buat membetulkan pc ni. Bila pc tiada di sisi, mulalah MM ni mencipta hobi-hobi lain. Semalam seharian MM melukis.. he he he. Kelakar je bunyi kan.. Semasa kecil memang hobi MM melukis tetapi allahyarham ayahanda bagai tidak merestui.... pasti ada la hikmah di sebaliknya tu. Semasa tingkatan tiga pun MM berangan-angan juga nak ambil subjek lukisan, masa tu "optional" sama ada pilih subjek Ugama atau lukisan. Nasib baik lah Cikgu MM tu memberikan pandangannya yang bernas, dia suruh MM ambik je subjek ugama dan kerana menurut dan patuh dengan arahan beliau akhirnya MM berjaya dalam subjek Ugama tu dengan cemerlangnya.

Terima kasih kepada Allahyarham Cikgu Uyob. Nasihatmu itu sangat berguna... hanya jauhari yang mengenal manikam. Walaupun MM ni memang minat melukis tapi kalau ambik subjek tu pun belum tentu dapat A1.
Ramai lagi student-student yang memiliki bakat yang luarbiasa dalam bidang ini. Mereka mungkin layak kot untuk dapat A1 tu..

Kepada anak-anak di luar sana, dengarlah nasihat gurumu. Jasa mereka tiada nilainya. Pernahkah anda mendengar kata-kata ini.

" Jika ingin berjaya dalam hidup, hormatilah ibu bapa dan guru".

Ok... kat bawah ni MM uploadkan hasil kerja kami masa menyambut Ulangtahun Perkahwinan Ayahanda dan bonda di Guoman Beach Resort, Port Diskson. Hasil kerja my hubby tak ter"save" pulak kat pc ni... hmmm... malas la nak sambung2 wayar lagi.. tengok je la apa yg ada ni ya... senang-senang nanti MM updatekan semula. Busy betul hari ini.

Hasil gabungan warna seorang doktor. Dapat no. 2.

YESS!! Cantik tak?
Hasil warna seorang wanita anggun...he he he...tak seni langsung.. Banyak benda nak fikir la masa tu.... langsung tak concentrate nak mewarna-warna ni... Mana nak fikir pasal jamuan malam tu, nak fikir jemputan... ah macam-macam lah.... Kira orait apa walau tak mendapat hadiah... He he he...

Cuba tengok yang ni pulak!!!!

Ha... yang ini hasil kerja bondaku tercinta... Wah semangat orang tua ni mewarna, kami pun tak menyangka beliau sudi untuk take part dalam acara mewarna di dalam majlis yang gilang-gemilang anjuran besan beliau ni.... Ain suka je tengok neneknya menyudahkan kerja-kerja mewarna tu.

Yang ini pulak hasil kerja seorang Pengusaha Kambing....


Ha!! Ini kerja seorang ibu yang beranak kecil. Wah... boleh tahan gak ni.. dapat no. 3... Jap nanti I upload hasil kerja my hubby yang dapat tempat pertama tu ya.... Hmmm memang tak puas hati.. Tapi OK LE TU!!!

No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...