Tuesday, March 24, 2009

EMAIL DARI SEORANG TEMAN LAMA


Ada 5 perkara berlaku serentak.

1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.


Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Apakah yang perlu kita "settle" dahulu?
Susah juga nak buat keputusan... ujian IQ ke apa ni?

Bayi menangis kita ambik dulu, sambil mendukung bayi, matikan air mendidih... ala apa nak risau... kalau baru mendidih tak kan hangus pun dapur..... tapi kalau pakai yg auto... lagi tak problem. Lepas tu baru matikan air paip dengan mendukung bayi yang masih menangis tadi.. lambat sikit matikan air pun tak apa bukan boleh banjir pun satu rumah... bilik air kan lebih rendah kedudukannya dari ruang lain.

Lepas tu ambik telefon terus, bercakap-cakap terus ke pintu utama untuk cek siapa yang datang... sambil tu minta maaf atas kekalutan dan menunggu tu. Ya la kalau kita buka pintu untuk orang yang datang tu didahulukan lagi bahaya.... dibuatnya perompak... tak ke makin kalut dengan cerek yang mendidih lagi, bayi menangis, air paip melimpah.

Eh ok tak jawapan MM ni?

No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...