Thursday, March 12, 2009

PERCUTIAN DI PERGUNUNGAN KASHMIR

Malam ini MM dah mula packing barang untuk reunion tu walau di dalam hati masih was-was. Dah cuba dapatkan nombor Lia melalui Illa tapi lambat pulak puan hajah tu balas sms. Memang busy betul wanita itu. Salah MM juga, macam mana boleh terhilangkan nombor telefon si Lia padahal selalu kalau ada masalah pc je MM call makcik IT sorang tu.

RS pun MM masih tercuak-cuak nak call sebab belum confirm lagi. Dibuatnya RS dah call kengkawan dan maklumkan tempat tak jadi pulak ahli KANGENCHAT tu datang.... naya je MM. Ser ser jugak nak jumpa kengkawan lama ni. Nasib MM bakal ditemani hubby dan anak-anak. Teringin betul MM nak booking chalet kat situ. Suasananya kalau dilihat melalui gambar tu macam di pergunungan Kashmir jerr... lagi-lagi kalau datang di waktu pagi. Lepas tu bawa radio dan dengar lagu Hindi. DOS KI DOS RENA RAHA.. PHIAR RE PHIAR RENA RAHA... ZENDEGHI HAME TERA... ETOBA RENA RAHA... Ha macam tu lagu dia... Illa yang ajar MM lagu hindi tu.

Suasana pagi mengingatkan MM nostalgia sewaktu sekolah. Kami merentas desa masa tu dan melintasi bukit-bukau. Dalam keletihan pun masih bersemangat untuk meneruskan larian. Keadaan sekeliling walau belukar tapi tidak menjadikan kami berasa takut-takut. Agaknya kalau sekarang semua itu dah bertukar rupa. Manusia semakin curiga untuk membiarkan anak-anak berjalan berseorangan.

MM masih ingat semasa kanak-kanak, kami dengan selamba berjalan bersendirian pulang ke rumah menggunakan jalan pintas lalu di kebun-kebun orang. Alhamdulilah segalanya selamat ketika itu. Di dalam kepesatan teknologi yang semakin canggih... malangnya sikap manusia pula yang semakin hilang kewarasan.

Ah membebel pula MM malam ni nanti terlupa pula nak packing satu barang penting ni. Jangan la sampai MM terlupa membawa camp corder untuk reunion nanti sebab MM dah berjanji dengan Sue untuk mengabadikan gambar-gambar di ruangan ini (walau entah kan betul mereka itu semua bakal datang). Sehingga malam ni belum mendapat apa-apa feed back lagi. Kalau hari ni tak dapat apa-apa info, bermakna MM mungkin akan membuat trip ke tempat lain pulak.
Hmmm... tengah berfikir ni.. mana tempat lain yang best tu.

Checklist Untuk MM sendiri

  1. Campcorder
  2. Bekal - apa2 jerr... cengkodok pun boleh la janji boleh makan
  3. Present - ala beli je nanti kt kedai RM5... he he he... satu hadiah saja kan?
  4. Suratkhabar - untuk tutup muka kalau malu nak jumpa orang2 tu...
  5. duit - nak singgah pasar beli jagung

Siapa yang nak bawa radio???? Silakan..silakan.

2 comments:

  1. bestnya mengingati kenangan lalu..nostalgia tu..byk kenangan...kalau ada kelapangan teringin juga aku menginap di chalet tu..walaupun rumah org tua ku hanya 10 min dari tpt tu...selamat bercuti ya MM

    ReplyDelete
  2. MM tau Comei byk kenangan manis kat situ... ya la sbg gadis remaja yg glamer masa tu..pasti byk kenangan manisnya. MM pun x pasti dgn reunion tu.. tadi call c***i pun clerk dia kata dia tgh meeting memanjang. Semua org busy la Comei. MM pun dah siap2 nak pegi spa ni.. bukan utk cantikkn diri tapi utk maintenance bulanan.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.