Friday, April 17, 2009

LAKUKAN DENGAN TABAH

Apa khabar anda hari ini? Gembira atau sedih? Atau berasa apa yang anda lakukan semuanya tak menjadi? Berasa gagal dalam hidup? Kegagalan itu bukanlah sesuatu yang mutlak tetapi hanyalah ‘permainan minda’. Menurut kajian seorang penulis… lupa la pulak nama penulis tu… pemimpin agung tidak pernah menggunakan perkataan ‘gagal’, sebaliknya menggunakan perkataan seperti kesalahan, kesilapan dan kepincangan. Mereka tidak pernah melihat diri sebagai orang yang gagal. Kita boleh mengambil iktibar kat sini. Kegagalan itu bukan penghujung jalan – melainkan kita berputus asa dan menyerah kalah. Mencuba dan berusaha adalah lebih baik daripada tidak pernah langsung mengalami kegagalan.

Apabila perjalanan tugas atau perniagaan menjadi sukar, banyak yang tawar hati menyebabkan mereka mengurangkan kerja. Ini tindakbalas yang salah. Mempelahankan kerja kerana menempuh kesukaran adalah tindakbalas paling tidak tepat. Solution kepada perasaan tawar hati adalah melipatgandakan usaha. Untuk menikmati satu bentuk kejayaan, walau sekecil mana pun, ialah dengan menenangkan fikiran dan mengatasi perasaan takut, serta memotivasikan diri untuk terus berusaha.

Kemungkinannya anda kecewa dan tidak tahu apa sebenarnya yang perlu dilakukan. Anda tidak boleh berhenti, sebaliknya lakukanlah sesuatu. Tidak ada yang lebih buruk daripada berhenti dan melihat kesemua cita-cita dan impian lenyap dan terbang begitu sahaja. Setiap kali anda melakukan sesuatu, tidak kira apa, anda sebenarnya sedang membina struktur perniagaan anda. Anda mesti terus berusaha dan lakukannya dengan istiqmah.

Apa yang perlu dilakukan jika berasa mahu berhenti?
Anda ada kemahuan kuat dan sudah berusaha keras. Anda ada impian yang memberi inspirasi tetapi masih belum berjaya. Anda juga terpaksa berdepan perkara yang benar-benar tidak mahu dihadapi. Apa yang perlu anda lakukan?

Inilah masanya untuk membuktikan bahawa anda orang berpendirian. Anda berdepan dengan masalah paling besar pernah dihadapi. Dan anda juga terpaksa berdepan godaan paling memikat dalam hidup anda – iaitu godaan untuk berhenti dan menyerah kalah. Inilah peringkat yang memisahkan orang yang berjaya dan orang yang tewas.

Jadi di sini…Gunakan keajaiban 44 hari.
Salah satu jalan terbaik untuk membolehkan anda terus berusaha ialah dengan mempunyai matlamat jangka pendek, yang sama pentingnya dengan matlamat jangka panjang. Kumpulkan tenaga untuk mencapai sesuatu dalam masa 44 hari. Matlamat itu mestilah sesuatu yang sukar dan tujuannya untuk menghidupkan semula peniagaan atau kehidupan anda. Inilah masanya untuk memberikan segala-galanya dan bukanlah waktu membuat kerja secara sederhana atau sambil lewa.

Tetapkan satu matlamat dan rancangkan perlaksanaannya secara berterusan selama 44 hari. Mengapa 44 hari? Ini kerana jangkamasa ini tidak lama untuk anda melihat hasilnya tetapi cukup lama untuk membina momentum kerja.

Tentang perlaksaan secara istiqamah 40 – 44 hari ini… Seorang wanita brutal yang kini dah pun bergelar hajah memberitahu saya… selesai melakukan ibadah haji di Mekah, apabila pulang ke tanahair beliau tidak berasa selesa jika tidak memakai stokin walau ke mana beliau pergi? Mengapa? Sebab utama… selama berada di tanah suci, ianya dilakukan secara rutin selama 40 hari berturut-turut. Keluar masuk masjid.. berjalan membeli cenderahati…segalanya dengan lengkap menutup aurat.

Begitu juga ibu yang di dalam pantang 44 hari… apabila selesai 44 hari mereka seperti dah terbiasa dengan duduk berhati-hati walau dah habis pantang sekalipun… So, kekalkan usaha selama tempoh itu… anda akan melihat… selepas itu anda menjadi orang yang sangat cemerlang dan perasaan untuk berhenti itu akan hilang dengan sendirinya.

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.