Tuesday, April 28, 2009

SEPOHON KAYU DAUNNYA RIMBUN......

Teringat lagu nasyid ini... "sepohon kayu daunnya rimbun...lebat bunganya serta buahnya....".. lagu itu zaman dahulu kala selalu menjadi halwa telinga ketika hari Jumaat. Emak MM memang suka mendengar radio.... jadi banyak lagu-lagu nasyid yang hingga kini melekat kat memory.... antara nasyid lain ialah dari Al-Jawaher..

Rangkap seterusnya lagu tu :

"..walaupun hidup seribu tahun... kalau tak sembahyang apa gunanya..."

Justeru itu hari ini MM lampirkan kehebatan solat dan ganjarannya untuk menjadi motivasi kepada anda dan kepada MM sendiri khasnya.

Bila dengar nasyid-nasyid lama ni memang teringat saat-saat manis kat kampung....masa duduk kat celah-celah pokok kopi, masa bermain pondok-pondok. Masa arwah ayah balik bawak jajan "brondong".... apa itu "brondong?".... Brondong ialah... jap ya.. nak tengok kamus jap... brondong ialah empeng jagung. Sekarang ni org dah tak suka brondong.. ibu bapa zaman sekarang kalau bawa jajan tentulah yang selalu keluar kat iklan tv tu je.

Kalau hari Jumaat, dalam pukul 11.00 pagi kami dengar lagu nasyid tu kat dapur sambil tu mak memasak. Paling tak boleh lupa kalau bulan ramadhan.... memang melekat di sanubari hingga kini setiap aktiviti yang kami lakukan..   Paling MM rindu tentulah arwah ayah MM... hari Jumaat memang akan bersiap awal, balik dari kebun terus mandi dan bersiap dengan kemeja atau jubah dan kain pelekat.. siap berwangi-wangi untuk ke masjid yang jaraknya tak la jauh dari rumah kami.

"Oh rindunya aku saat-saat indah itu....tapi apakan daya... diriku sudah kepunyaan orang, sampai bila nak duduk bawah ketiak mak pulak..." . Ok la... bacalah artikel kat bawah ni ya....

*******************************************************************************

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..

"Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata:

"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.

"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...

**Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Sepohon kayu, daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami bekerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami sembahyang fardu sembahyang
Sunatpun ada bukan sembarang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang

Kami sembahyang limalah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup dikubur yatim piatu
Tinggalah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah dia sedarkan diri
Hidup didunia tiada berarti
Akhirat disana sangatlah rugi

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.