Wednesday, June 3, 2009
SELAGI MEREKA MASIH ADA....
AYAH DAN IBU
Ayah dan ibu..... 2 X
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan
Matahari
Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
"Barang siapa yang menziarahi kedua orang tuanya, maka Allah mencatat untuknya setiap langkahnya dengan 100 kebaikan dan menghapuskan 100 kejahatan serta mengangkat untuknya 100 darjat. Apabila ia duduk di hadapan kedua orang tuanya serta bercakap dengan perkataan yang baik, maka kelak pada hari kiamat ALLAH S.W.T akan memberi kepadanya nur cahaya yang memancar di hadapannya. Apabila dia kembali, maka kembalilah dia dengan mendapat keampunan "
(Hadis riwayat Al-Bukhari daripada Abu Zar Al-Ghifari)
Al-fatehah buat ayahandaku yang telah hampir genap 6 tahun meninggalkan dunia ini pada 21hb Jun, kerana penyakit akhmar ... semoga roh-Nya ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman. Kini Jun datang lagi mengimbau pada kenangan pahit itu... ayahku pergi tika orang lain sibuk menyambut hari bapa. Tapi kini kami belajar untuk redha atas pemergiannya.
Kepada yang masih mempunyai ibu dan bapa di kampung.... sempena cuti sekolah ini.... luang-luangkan la waktu bersama mereka selagi hayat mereka masih ada kerana mereka tiada galang gantinya di dunia ini.
Labels:
RENUNGAN BERSAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sam, amalan meletakkan kain putih pada batu nisan dlm gambar itu bukan amalan Rasulullah, pihak Jabatan Agama Islam pun telah menegahnya. Saya lihat ini banyak berlaku di negeri JOHOR ni.
ReplyDeleteYes... I know that.. Ia hanya sekadar gambar hiasan yang I copy paste je.
ReplyDeleteGambar kubur itu hanya sekadar peringatan kpd diri I sendiri bahawa hidup ini hanyalah pinjaman semata-mata. Kita akan kembali kepada-Nya bila-bila masa sahaja.