Tuesday, June 2, 2009

CERITA NENEK KEBAYAN

MM dah bergelar nenek sekali lagi.... siang tadi MM melawat cucu saudara baru di Rengit. Comelnya cucu nenek. Nenek tak bawak camera la cuuu.... x dapat nk snap!


Alamak! Tak kan la nak bahasakan diri kita nenek plak ya? Mcm tak menarik je.. Baru je 36 tahun. Tak besh...tak besh... nak tukar la... tak mo.. tak mo. Kejap nak tengok cermin jap.... Rambut? Eh rambutku belum beruban lagi. Kalau rajin bubuh tonik rambut kelapa dara tu insyaAllah uban pun segan nak tumbuh kat rambut kita. Wrinkle? takpe... itu seni.. sikit2 tu tak pe...


Cuti sekolah ni MM tak jadi gi oversea..... ni semua "swine flue" punya pasal la ni!! Terima kasih Swine Flue... Bagus! Jimat duit! Hari tu gi makan kat Melaka pun dah keracunan makanan anak dan ibu mertua MM... harap-harap ketika MM menulis entry ni... ibu mertuaku sudah pun sembuh seperti sediakala.. Si Ain alhamdulilah. Keluar je dari pintu klinik atas izin-Nya terus sembuh. Itu semua psycology kita je kan. Korang pun mcm tu tak? MM dulu time kanak-kanak pun mcm tu... bila demam-demam jumpa doktor rasa macam hilang demam. Sentuhan tangan doktor tu mcm mengurangkan tempreture badan kita yang panas tu.


Ok la... nak menggosok baju hubby la... Buat cucu-cucu BIOASLIku (Kalau direct sponsor MM panggil anak... so, downline kpd direct sponsor MM panggil cucu la pulak.. he3.. itu istilah yang biasa MM guna kalau nk menujuk ajar downline yang tak faham nak kira komisen tu).


Wahai cucu-cucu BIOASLIku..... teruskan perjuangan anda. Nenek sudah membekalkan anda jala dan bot, maka pandai-pandailah cucu memasang jala tu mengikut sekehendak cucu ya.

2 comments:

  1. emmmm nenekanggun berumur 63thn. bkn bondaanggun berusia 36 thn...huhu!!

    itulah masa saya kanak2 dulu masa naik teksi ke klinik di bandar BP pun kdg2 dah nak kebah. bila abah ajak minum n makan rojak pas tu makan ubat dlm perjalanan pulang dah sembuh....heheheh demam nak tgk bandar BP kot....maklumlah setahun dpt g bandar pun 2-3 kali je...org kampung......ceruk pulak tu.....

    ReplyDelete
  2. He he he.... gitu plak ya! Itu mmg sah demam nk tengok bandar la tu.. eh bukan BP la org sana pggl... NGGAREM...

    Demam-demam naik bas pegi Nggarem... Pegi Klinik Neo. Entah ada lagi ke tak klinik tu sekarang? Ubatnya murah je tapi mujarab. Sebenarnya Nggarem tu berasal dari perkataan Bandar Penggaram yg dah dimatsalehkan.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...