Thursday, July 16, 2009

Ohh tidak...... Itu bukan I.....

Ngantuknya MM pagi ni, malam tadi tidur pukul 2 pagi, ingat nak puasa tapi tak jadi sebab tak bangun sahur pun sebab tidur lewat sangat. Apa cerita pagi ni?

MM sebenarnya tengah dirasuk kehairanan... orang kata I garang? Ya ke? Kat mana tu yang nampak garang tu? Sedari dulu I cari jawapan atas soalan-soalan ini tetapi tak jumpa...

Adakah dari raut wajah I yg anggun itu terserlah kegarangan? Macam tak ada je. Poning makcik.. Ada sekali tu kawan lama I telefon... dia kata suara I yg lemak merdu ni boleh dia katakan garang, dia kata.. "takut la nak berbual dengan kau ni Sam... suara kau ni mcm garang je, tak ada gaya secretary lagi la kau sekarang"...

Semua ni mesti salah telefon I la ni... nak ganti la telefon ni.. nak beli yang canggih macam handphone si Comei... biar suara I merdu bak buluh perindu, mendayu-dayu. Orang yang dengar pun terus cair... habis produk semua dia beli.   Wahaha...

Itu kira ok la.. abih tu melalui chat pun org boleh kata I garang... ala tak acinya. I memang lerr kalau chat tu tak pandai la orang kata nak membahasakan diri mcm contohnya...

"Izinkan MM mengundur diri ya" mesti la kita tulis cepat... "ok la.. I chow dulu ya"... itu nampak mcm garang ke? Oh mungkin kot? Atau lain kali tulis macam ni..

"Sekarang ni.. you tengah buat apa ya"... dan bukan "you buat apa tu?".. gitu ke?

Ohh saudara/saudari... I rela berubah kiranya memang I ni garang sangat...tapi rasanya anda telah membuat penilaian yang salah tentang diri I... kalau dah gedik tu macam mana boleh jadi garang... tak logik kan?

Hari ni merupakan detik pertama perubahan itu... I tak kisah. Tapi kalau tanya si Ain memang la jawapannya .... "mama memang garang, mama perlu berubah".... oh jangan tanya Ain ya? Untuk anak-anak, bagi MM garang itu perlu. Apatah lagi kita sebagai ibu ni, kalau semua kata yes je susah la.

Tanya la pada my hubby... I ni sebenarnya seorang yang lemah lembut.. keibuan... He he he...  

Anyway baca ni....

WANITA yang garang & tegas bukan bererti sombong,
Namun WANITA itu cuba menjaga adab bila berada
dengan lelaki yang bukan Mahram..

Itulah sifat seorang Muslimah.. (^_^ ♥)


Wahhh gitew!.   

8 comments:

  1. terima kasih sbb buat sambutan hari jadi aku pada 17 oct nanti....genap 36 thn aku,

    garang.....emmmmm rasa taklah garang cuma ada nada tegas. sesetangah orang salah interpretation antara tegas dan garang.

    gedik...itu sudah semestinya copyright ko. dan bakal jadi trade mark ko.

    p/s: aku suka pada org yg tegas ada nampak garang2 skt...warghhhh...

    ReplyDelete
  2. ko memang garang!!! aku tau la sbb ko x penahnye nk senyum..susah nk denga ko ketawa..ko memang kena berubah..

    ReplyDelete
  3. kamu memang garang kalau tak aku dah dapat kamu masa di SMKSM. sampai sekarang aku menyimpan hati kepada mu.

    ** ini adalah terjemahan kata2 doyok

    ReplyDelete
  4. Oh ya ke Anonymous? Nak kena ucap dulu la ni... 17hb tu kan masih raya..kot2 x dpt chat.. so aku nak ucap la happy birthday.. selamat menempuh usia warga emas 3 bulan lg.

    Doyok - aku dh agak dah.. itu jawapan ko. Memang pun bila org lain kat luar sana dh komplen mcm tu, ko la org pertama yg perlu aku nak rujuk sbb ko kan dari dulu ckp aku ni suka marah2. Entah lerr.. agaknya kot dulu aku mcm tu.

    Sudah la ko Anonymous.. terjemahan ko tentang kata2 Doyok adalah palsu belaka.

    ReplyDelete
  5. bro kata2 ko tu sama lah mcm kata si Ain tu 'mama mmg kena berubah' ada chance nak berbesan ni....tak pelah jd besan pun jadilah....dari ...dot dot dot

    ReplyDelete
  6. kureng ko bb..:) pssttt..agak2 klau jd besan ok ker?? aku takut kena reject lagi wakakakakaaaa

    ReplyDelete
  7. Jadi besan? Ko tak risau ke anak ko tu dapat mertua garang macam aku ni???

    "Siapa si Kassim itu Sabariah? Ahlil Muzik??!!!!"

    ReplyDelete
  8. Takut jugak..kang kurus kering anak aku ko dera suh buat keja umah.."lepas makan jgn luper carik kayu apiii"

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...