Sunday, August 30, 2009

KAMAR DERITA DI TEPIAN RIMBA


Sushi yang menjadi kegemaran anak-anakku..

KAMAR DERITA TEPIAN RIMBA? ..... oh itu hanyalah tulisan di white board bilikku semasa aku belajar di Kuantan dulu.... aku hampir-hampir lupa akan tulisan itu dan hanya dapat mengingatinya semula setelah Zete Zelinda mengingatkan aku tentangnya... Hebat betul memory Zete ni. Oh macam derita sungguh je aku masa tu?? Hahaha... derita sebab jauh dari keluarga aku di Johor, jauh dari boy friend aku (sekarang xboy friend), jauh dari segala-galanya.... duit pun jauh ketika itu... segala-galanya memang menyedihkan. Muka aku yg mulanya agak cerah pun jadi hitam ketika itu sebab cuaca terlampau panas, jalan kaki ke kuliah tiap hari.... Tak tau kenapa aku tercampak nun jauh di sana. Kamarku memang di tepi hutan rimba. Bila lupa tutup tingkap je, habis badanku kena sengat dengan serangga (lebah ke tu Zete?).. Aduhhh memang sakit sungguh bila terkena tu. Apa taknya asrama dlm utan katakan.

30 OGOS 2009 : Sekali sekala tak balik kampung rupa-rupanya membosankan sungguh! Teman-teman di FB pun semua tak nampak bayang. Masing-masing sibuk dengan aktiviti di luar agaknya.

Lama aku tak menulis dairy... dairy lama yang kuberi tajuk Dairy Hidup Seorang Playgirl tu entah hilang ke mana.... itu la dairy paling tebal pernah aku tulis. Aku memang suka menulis tika hati disalut rawan (ketika itu).. hari ini aku nak tulis dairy aku kat ruangan ini.... tapi bukan kerana hatiku disalut duka...(I've been fortunate enough now to have wonderful people in my life to help me stay happy every single day....).

Just suka-suka je... Aku bukanlah seorang celebriti yang bimbangkan privacyku hilang kalau menulis hal yang terlalu peribadi (eh tak la sampai peribadi sgt) kat blog aku ni... so, aku tak kisah nak tulis apa sahaja mengikut sekehendak hati aku kat ruangan ini, tentang apa yang aku makan, tentang apa yang aku lakukan sepanjang hari, tentang perasaan dan apa-apa saja asal tidak menggugat emosi orang lain dan yg pastinya aku tak takut sbb aku bukanlah orang terkenal.

Nak baca ke dairy aku yang gila ni? Jangan menyesal pulak kalau baca... Sesiapa yg tak suka buang masa tak payah la baca kerana dairy ini adalah coretanku ketika aku tengah boring..... boring la sbb you all semua tak de... boring tapi happy sebab hari ni nak gi jalan2 dengan IRP dan anak-anak. ( Beli kasut raya si Ain dgn Qistina agaknya). Ah aku ikut je perancangan mereka tanpa banyak soal... yg penting IRP ada bersama dan yg penting hari ni cuti memasak. (kecuali malam ni kena masak sahur je la).

10.00 am : Ustazah yang mengajar Ain dan Qistina kat tingkat bawah pun dah balik nampaknya, kedengaran bunyi pintu utama dikuak, mungkin si Ain sudah mengucapkan Salam selamat tinggal buat guru mengajinya... aku memang sering membiarkan mereka berdikari... menunggu kedatangan Ustazah dan seterusnya belajar di ruang tamu tanpa gangguan aku sementara aku sibuk (hehehe.. sibuk mengadap PC ni di ruang atas). Sekali-sekala saja aku turun menemui Ustazah itu kalau ada apa-apa yg perlu aku bincangkan tentang permasalahan pembelajaran mereka. Aku sebenarnya walaupun dikatakan gedik tetapi aku adalah seorang yang pemalu.... sebab itulah aku suka menyendiri kalau ada sesiapa datang ke rumah melainkan mereka datang dengan tujuan untuk berjumpa aku.

11.51 am : N sms aku bertanyakan khabar... sebenarnya sudah lama aku tak chat dgn bff aku sedari zmn asrama ni. Sejak puasa aku offline chat kt FB tu... sebagaimana yg aku sebutkn di dlm post terdahulu, aku agak sibuk sejak akhir-akhir ni di samping line agak slow skrg.
Oh ya...semalam tika aku gi JJ untuk memilih kasut raya... aku terdengar satu suara di belakangku yg aku rasa agak familiar.... oh terkejut aku... rupa-rupanya si Leleq, temanku yang sentiasa ceria itu.

Semalam juga aku gi kedai-kedai kamera dan kedai handphone sebagaimana yg dicadangkn oleh MS utk membeli USB tapi hampeh je. Semua kedai tak menjual pun benda alah tu, kecuali satu kedai tu.. tapi harganya RM48... jauhnya beza dgn harga yg MS cakap tu.... dah la promoter semuanya tak mesra alam... entah la, kenapa la ada org salah pilih jurujual mcm tu. Cari la yg ramah2 sikit.... dah la aku terburu-buru sebab nak kejarkan masa. Aku ada appointment dgn SPA pagi itu (bukan untuk cantikkan muka ya... untuk urut badan..). Sebetulnya sehari sebelum tu aku mengemas rumah, aku mengangkat meja bulat marbleku itu... mak aiih... berat rupanya... terus aku diserang sakit badan dan malam tu aku terus sakit kepala yg mencengkam-cengkam.

Ptg semalam selepas gi SPA aku terus rehat kat rumah.... tak kuasa dah nak ikut IRP dan anak-anak ronda-ronda gi bazar lagi. Kesakitan masih belum hilang lagi.... lepas bangun dari tidur, terus lapang kepala aku.

Petang semalam sebelum berbuka aku membalas sms dari SueEsa yg bertanya tentang perjumpaan hari raya. Sekali-sekala menghubungi teman lama ni membuat fikiran kita jadi happy.

Eh pesal la dairy hari ni aku cerita hal semalam plak ya... eh salah tulis ni... ok... hari ni, lepas anak-anak lunch ni (si Shashal belum puasa lagi, Qistina yg baru 6 thn tu baru belajar puasa sekerat hari).... aku nak siap-siap la gi jalan-jalan.

Ok.... menyesal kan baca dairy aku yang entah apa-apa ni? 

Kan aku dah pesan, tak payah baca sebab coretan ini hanyalah satu cara aku hilangkan kebosanan... ok... kebosanan aku dah hilang dah... aku nak siap-siap ni dan buat pertama kalinya pada tahun ini, aku berjalan-jalan gi JJ dengan baju kurung sebab lepas beli kasut tu kami akan terus direct gi berbuka puasa di hotel la kononnya kan.. ( kali ni atas permintaan Ain) yang dah aku booking tadi.... Bab-bab memberi idea tempat makan, aku lebih suka serah je pada anak-anak untuk memilih... kadang aku paksakan diri makan sushi di restoran makanan jepun even aku pun bukan la suka sangat.... bahana nak mengikut selera tekak si Shashal dan Cik Q.

byeee....



No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.