Monday, August 31, 2009

BIARLAH KU CERMINKAN DIRIKU...

Oleh kerana aku masih lagi tidak menemui hobi baru yang lebih menyeronokkan selain dari serf. internet... maka di waktu-waktu senggang ini ingin sekali ku muhasabah diri membayangkan bagaimana keadaan kita nanti di padang mahsyar.... biarlah kucerminkan diri, semoga keinsafan menjelma...

Saat di padang mahsyar itu semuanya kebingungan dan menunggu selama 300 tahun (mengikut riwayat). Malah keadaannya begitu sempit, seperti anak panah yg diletakkan dalam bekas yang padat. Astaghfirullahhalazim.....


Menurut riwayat, ada tiga buah Mahkamah di padang Mahsyar.


Mahkamah 1: 

Satu Mahkamah untuk orang kafir. Di sini dihitung segala kesalahan dan di bincangkan jenis jenis azab untuk orang kafir, yang paling ringan di siksa dengan di pakai terompah neraka, lalu kepala pun mendidih..

Mahkamah 2

Untuk orang islam yang berdosa dengan mahkluk. Siapa yang menyakiti orang lain semasa hidup, akan di adili disini, buat baik sebesar zarahpun Allah akan balas, buat jahat sebesar zarahpun Allah akan balas…

Mahkamah 3:  

Mahkamah ketiga adalah orang yang berdosa dengan Allah sahaja. Diberitakan tiga golongan dari ummat Muhammad SAW akan dihisab pada awal pengadilan iaitu, orang kaya yang dermawan, Pembaca Al quran, dan Ahli jihad, tapi sebab mereka tak ikhlas, ingin digelar dermawan, Qari dan pejuang berani mati, maka mereka akan dicampak ke dalam neraka.., walau bagaiamanapun dosa selain itu, selain tidak ikhlas dan syirik, maka keampuanan Allah sangat luas. 

Diceritakan juga... di padang masyar Nabi akan menghalau ummatnya yang menolak sunnah walaupun tangan dan muka mereka bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna.. dan ada tujuh golongan manusia beriman duduk lepak di bawah arasy, sedang orang lain kepanasan dan kehausan.., mereka adalah terdiri dari orang yang sentiasa solat berjemaah dan buat dakwah..!





"Ya Allah, tempatkan aku dibawah arasy Mu..himpunkan daku bersama orang-orang yang Engkau cintai, yang membangkitkn keinginanku untuk lebih beribadat kepada-Mu..agar kelak kami bisa berkumpul-kumpul bersama di Padang Masyar kelak..dibawah arasy Mu yang agung"

Tika ini aku sebenarnya sangat rindukan Kota Mekah, betapa damainya berada di kota suci itu tika ramadhan seperti ini. Menjalani ibadah puasa bersama umat islam lain dari seluruh dunia sesuatu yang sangat menyeronokkan, walaupun hari raya di sana kemeriahannya hanya dirasai pada 1 syawal sahaja,( tidak seperti di Malaysia) tetapi keadaannya tetap menarik dan tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. 






Tetapi apakan daya.... lantaran H1N1, pihak Arab Saudi telah menghadkan umur kanak-kanak kurang dari 12tahun tidak dibenarkan mengunjungi Kota suci itu lagi buat masa ini. Sedihnya rasa di hati. Semoga wabak ini akan segera berakhir dan semoga lambaian kaabah menyeruku lagi untuk ke sana. (itu pun kalau cukup duit... hehehe).

DOAKU SUPAYA KITA SEMUA DAPAT PERGI HAJI BERSAMA-SAMA.... Ameen...

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.