Monday, August 31, 2009

SEMOGA KAU TABAH HADAPINYA....

Sedih pulak baca SMS dari seorang hamba Allah di pagi ini. Rasanya beliau mengirimkannya ketika waktu sahur pagi tadi cuma MM terlambat membukanya sebab sibuk memasak pukul 4 pagi tadi.
Nama pengirim terpaksa dirahsiakan tetapi ia bukan la dari RAKAN-RAKAN HINGUSAN maupun RAKAN-RAKAN TIJB.. ianya dari hamba Allah yg MM rapat.

Simpati sungguh MM dgn keluhan wanita itu yg bernasib malang lagi berhati walang. Dah la nak raya, suaminya pula...oh.. biarlah rahsia.. tetapi cukup menyentap perasaanku.

Sebenarnya.. Sam (MM) pun sambut raya biasa-biasa saja.. segalanya bersederhana. Baju raya tu tidak la berlebihan, kalau beli baju liplap tu pun sebenarnya bukan apa, MM beli bukan untuk beraya pun tapi sebab ada Malam Reunion bulan Oktober tu nanti. Lalu MM pun membalas kiriman itu dgn..

"Aku pun baju raya cuma sehelai je.. ala, kita dah tua-tua ni, sambut raya biasa-biasa je, apa yg penting kan bulan Ramadhan tu, marilah kita imarahkan dengan sholat terawih, itu yg utama" Harapan MM jawapan ini akan membuat wanita itu berlapang dada. Cuba baca kisah kat bawah ni supaya menjadi satu MOTIVASI :

8 comments:

  1. Senang cerita mcm ni Mei.. Kita nasihatkan minah yg tersangat malang nasibnya tu bahawa :

    1)Raya tu memang la raya.. tapi sambut je la secara sederhana.
    2)Kalau dah susah sgt.. tutup je la pintu rumah masa raya tu.. hehehe. Org datang pun buat tak dgr je atau gi sibuk2kan diri beraya rumah org.
    3)Susah kat dunia.. siapa tahu jutawan di akhirat. Hidup pun bukan lama sgt.

    ReplyDelete
  2. terima kasih sam...aku mmg tgh mencari artikel ni, aku tau kisahnya tapi aku lupa jalan ceritanya.....kena faham ni....

    ReplyDelete
  3. ya sam...di luar sana ramai lagi yg susah kalau nak bandingkan ngan kita ni..jadi bersyukurlah dgn rezeki yg Tuhan bagi kpd kita kerana apa2 yg Tuhan bagi tu pasti ada hikmah di sebaliknya..cuma kita x tau je....

    ReplyDelete
  4. Ramai wanita terperangkap...dengan lelaki pujaannya, rupa2nya kini musuh yang nyata baginya. Oleh itu jangan percaya kepada cinta semata-mata, kerana cinta itu buta. Jika diri merana kerananya...maka itu semua akan dihadapi sepanjang hayat...

    ReplyDelete
  5. aku baru ingat moral dari cerita ini ustaz tu kata kalau kita nak beramal, beramalah atas apa yg kita mampu dan tahu sahaja bukan melebihi kemampuan kita..tapi dengan cara yg consistent dan betul2. Ini konon nak membaca AlQuran 1 malam 1 juzuk tapi akibatnya tahajjud kemana subuh kemana, lebih baik kita membaca atas kemampuan kita tapi kita tak terlepas tahajjud dan subuh...

    sungguh indahnya islam...

    p/s: jgn salah faham ye...

    ReplyDelete
  6. Don't worry.. I phm apa yg dimaksud oleh anonymous tu. Rasanya pernah dgr ustaz I ada pernah menyentuh hal berkaitan dgn priority yg mana harus didulukan.. yg sunat dgn yg wajib ni.

    Apa MS? Ya lah.. betul tu. Dinasihatkan kpd para dara-dara di luar sana tu, sebelum menerima lamaran tu, buatlah sholat isytiharah dahulu. Cewah! Aku ni mcm bagus je! Ni pasal aku dh tua la ni aku nasihat mcm ni buat para gadis2 tu..

    Sebab bila si dara2 ni dah kawin, dh ada anak.. Selalunya wanita terjerat sebab faktor simpati yg menebal pd nasib anak-anak. Derita ke sengsara mereka telan je la selagi bernyawa.

    Tapi tak mengapa, Allah pasti mendengar tiap rintihan hati anda dan doa insan teraniaya itu tiada hijab. Berserah dan bertawakallah kepada-Nya semoga bebanan anda diringankan.

    ReplyDelete
  7. Lelaki yang dah berumahtangga pula seharusnya mengubah corak kehidupan mereka. Jika masih sama seperti zaman bujang dan bergaya sakan alamat tersiksalah isteri. Mereka mestilah pandai membahagikan masa antara keluarga dan rakan-rakan.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.