Thursday, August 27, 2009

YOU NEVER KNOW WHAT YOU'VE GOT UNTIL IT'S GONE

Hargailah apa yang anda miliki hari ini, apa yang telah Allah anugerahkan kepada anda, tidak kira apa bentuk pun anugerah itu. Sama ada rupa paras, badan yang sihat, suami yang kacak, suami yang tak berapa kacak, suami yang mungkin tak kacak langsung.

Anugerah-Nya sama ada seorang isteri yang jelita mengalah miss world, isteri yang sederhana atau isteri yang sesedap mata kita memandang sahaja. Hargailah segalanya itu.

Syukurilah anugerah-Nya.. zuriat-zuriat dan keturunan.... pastinya anda sungguh bertuah kerana terpilih untuk mendapat amanah yg sangat berharga itu. Alangkah indahnya dianugerahkan mereka (zuriat2) di dunia ini.... di dalam diri mereka ada diri anda... di dalam raut wajah mereka ada bayangan wajah anda/pasangan anda. Sungguh ajaib kejadian Allah. Sangatlah kasihan kepada mereka yang tidak dikurniakannya langsung.

You never know what you've got until it's gone... contohnya macam MM sendiri... bila mata dah mula rabun-rabun ni... baru tau, bestnya dulu time mata kita ni masih sihat walafiat, senang nak cam orang... sekarang orang sengih kat kita pun....

"Alamak... payahnya aku nak cam orang tu dari kejauhan.... Siapa la tu gerangannya ya?? Nak balas senyuman dia ke tak ya? ".. Oh itu pun masih malas nak pakai spek... boring la pakai spek... mcm tak kena je dgn muka. Rabun pun tak la teruk sgt pun...

Mcm tu jugak dgn laptop si Ain yang dah rosak tu.. dulu masa ada... macam tak kisah je.. Ya la dah ada PC skrin besar ni... eksen la tu kononnya. Bila dah rosak ni baru tau..

"Bestnya ada 2 pc... tak la berebut mcm ni..."
"Laptop tu nak upload pic senang sikit... PC besar ni tak reti la nk sambung wiyer dia.. sbb tu la dah lama tak upload pic".

"PC besar ni.. speaker pun rosak... tak dpt nak dgr lagu raya dah"

Macam tu jugak la dengan orang tua kita... hargailah mereka selagi mereka ada.... (yg ni tak nk komen byk2....).

Senang cerita... hargai apa2 saja di keliling anda... sahabat-sahabat yang baik, bini yang suka bebel pun berharga tau! Cuba bayangkan kalau dalam sehari anda tidak mendengar bebelannya? Kan rasa lain... Cuba bayangkan kalau dia tiada lagi di dunia ini? Anak-anak anda tentu menangisinya bukan? Tentu tak ada orang yang bakal mengejutkan anda sahur misalnya... So... syukurilah segala angugerah-Nya itu.. anggap la segala bebelannya adalah umpama melodi yang paling romantik....

Begitu juga anak-anak yang suka menjerit.. memekak... apakah bererti lagi kiranya ramadhan anda disambut tanpa mereka seperti mereka yang telah kehilangan anak seperti kes2 penculikan itu misalnya?


LET US ALL BE THANKFUL.


p/s : Apa yang MM bebel ni ya? Ini bukanlah bebelan... tapi alunan melodi yang paling romantik dengan iringan lagu raya Datuk Syarifah Aini.

6 comments:

  1. kalau rabun dekat tu mmg dah tua namanya, tp kalau rabun jauh sakit namanya tu, tak nak pakai cermin mata pakai contact lens, pakai warna biru ke coklat ke pink ke (ada ke?) bukan apa takut nanti tak perasan benda yg dah tak ada, nanti jadi terbalik lak ayat.... until it's gone you still never know what you have got

    ReplyDelete
  2. Hahahaha... Contact lens.. warna coklat? semua tu aku dah rasa dah 10 tahun dulu tika zaman kegemilangan... hmm.. tak serasi la dgn aku.. mata jadi merah.

    Ala aku rabun sbb asik adap PC je la.. dah tu masa dlm pantang, arwah ayah aku pesan jirus mata tu dgn pancuran air.. aku wat tak endah nasihat dia.. tu yg cepat rabun.. tp tak ler teruk sgt.. tengok cuaca gak la.. kalau cuaca panas,tempat crowded2 jadi rabun.. tak tentu.

    Until it's gone you still never know what you have got? Hehehe.. ya la.. kadang memang kena gak ayat tu kat aku.. contoh mcm "keCUNan" aku 10 tahun dulu.. hingga setelah sekarang keCUNan tu hilang pun aku tak sedar yg aku pernah CUN sedikit masa dulu... hahaha..

    p/s: jgn ler label aku perasan ya..aku gurau je..

    ReplyDelete
  3. Nak upload PIC kena sambung wayar? Kemajuan IT terlalu pantas, anda tak perlu lagi sambung wayar untuk copy gambar dari hp atau kamera ke PC. Gunakan alat yang hanya berharga RM 12- RM 15 yang dijual di kedai kamera atau hp. Bentuk alat itu spt PENDRIVE. Memasang wayar ke PC merupakan kerja yang leceh dan memerlukan kesabaran. Dgn alat spt pendrive(masukkan kad memori) anda boleh masukkan berapa kali anda mahu ke dalam PC anda. Tanyalah kedai kamera ok Puan Sam!

    ReplyDelete
  4. Oo ya ke MS? Bukan blootooth ya? Ok insyaAllah hari ini aku cuba pergi kedai gambar tu. Thanks for yr idea. Aku memang paling benci buat kerja sambung2 wiyer ni.

    ReplyDelete
  5. Aku tak tau nama perkakas itu. Tapi ia dimasukkan ke dalam tempat PENDRIVE dimasukkan di PC Sam. Tetapi jika Sam telah beli, awasi ia, mungkin anak-anak Sam akan berminat bermain dengannya, kerana ia menyerupai mainan mereka. Lepas proses masuk gambar, terus masuk tas. Tkasih.

    ReplyDelete
  6. muahaaaaa!!!!!......(gelak besar utk beribu kali) - special utk post no.2.

    Cun 10 thn dulu lain (OC), cun sekarang lain (bokdeanggun)....

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.