Eh... Makcik hari tu pegi ke blog si LM (downline BIOASLI makcik)... teringat pasal entry terakhirnya yang bertajuk.. MALAS. Tahniah LM kerana berjaya merealisasikan impian kau menjadi cerpenis. Hang memang hebat!! Tak sia-sia jadi suri rumah sepenuh masa walau memegang ijazah dari UM. Semoga terus sukses.
Malas lawannya apa? Rajin... rajin tul la kawan aku yg nama NURUL (tu baju purple tu).. ni la kedai home decornya yg pesat berkembang tu. Menjual pelbagai hiasan dalaman berkonsepkan country style. Makcik Mirror (MM) singgah jap di kedainya masa malam nk gi GR tu. (Sebab dia pun nak pegi sekali). Dia memang rajin dan bukan MALAS.
Dalam kitaran kehidupan kita ni, memang kadangkala ada waktunya kita jadi macam malas. Tapi sebenarnya kalau kita gagahkan diri, kemalasan itu akan hilang. MM pun kadang bangun pepagi tu.. Ya Allah ngantuknya... kat otak ni mcm dah set..
"oh pas nak siapkan Qistina naik van ni.. aku nak tido lah"
Tapi bila dia dah naik van... teringat pulak baju kat mesin basuh belum sidai.. sidai kain pulak.. dah sidai kain teringat pulak belum lipat..lipat pulak. Serta-merta lupa niat nak tido tadi. Serta-merta erti kemalasan tu terhakis.
Tak mau la sebut rajin itu adalah diriku, nanti kena ketawakan dgn IRP je... tgh dlm proses untuk merajinkan diri ni. MM memang sedar bahawa MALAS itu adalah musuh utama kejayaan. Malas nak deal dengan orang, malas nak menghadapi permasalahan, malas nak terima perubahan, malas nak terima pendapat orang. Oh itu semua virus yg harus dinyah jauh-jauh. Nyah kau dari sini!!!!!
WARISAN BY SUDIRMAN
Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
Yang Murni Abadi Sejati
Disini Tersemai Cita Cita
Bercambah Menjadi Warisan
Korus
Andai ku Terbuang Tak Diterima
Andai aku Disingkirkan
Kemana Harusku Bawakan
Kemana Harusku Semaikan
Cinta Ini
Betapa
Dibumi ini ku Melangkah
Keutara Selatan Timur dan Barat
Kujejaki
Aku Bukanlah Seorang Perwira
Gagah Menjunjung Senjata
Namun Hati Rela Berjuang
Walau Dengan Cara Sendiri
Demi Cinta Ini
ku Ingin Kotakan Seribu Janji
Sepanjang Kedewasaan Ini
ku Ingin Sampaikan Pesanan
Aku Lah Penyambung Warisan
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.