Pd mlm GR di Thistle tempohari, itulah kali ketiga seumur hidupku bersolek setebal 1 inci, 3 layer. Ramai juga rakan2 yg memberikan feed back berbeza2... ada yg kata...
"eh napa kau perlu bersolek... muka kau dah natural la, kan bersolek tu hanya untuk org yg ingin menutupi cela di mukanya je" kata seorang sahabat baikku Aeida.
Ada juga yg suka "wah kau! vouge la". Sebetulnya secara peribadi aku memang kurang selesa bersolek tebal. Kali terakhir aku bersolek tebal masa aku dpt kupon percuma dari MAC. Dah percuma kan.. so aku pegi la MAC dan bersolek kat sana..( bukan nk pegi mana pun) dan kali pertama aku mendapat sentuhan vouge di mukaku tentu la masa aku mengakhiri zaman soloku bersama IRP.
Aku cuma mengimpikan.... kalaulah ada jurusolek yg mampu membuat solekan "wajah senyum" di muka aku. Sebab tu aku ni memang tak layak jadi pramugari... wajahku sukar untuk menyembunyikan apa yg tersirat. Senang cerita aku ni susah nak menipu diri sendiri. Kalau sedih.. memang sedih la muka aku.
Kenapa perlu kita senyum?
Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
Tapi kalau pasal senyum ni.. teringat aku akan malam masa aku nak pegi GR tu... aku dgn si "CCTV" IRP (si ain tu la) ni pegi la sholat kat satu masjid tu... bukan kat hotel tu tp ada la satu masjid (tak boleh disebutkan)... sebelum ni kwn2 aku ada cerita... dia kata...
"eh bencinya akuuu!!! Geram aku! aku tadi nak pegi sholat, pastu aku tak bwk telekung.. so aku capailah telekung yg tergantung kt mesjid tu, ingatkan mesjid punya... tetiba sorang kakak tu sergah aku..." cerita seorang kawanku 10 tahun dulu.
"Woi!!!! itu telekung bukan awak punyalah!!! lain kali.... bla bla bla.. prong preng...$%#@&*" Sergah kakak tu sambil merampas telekung kat tangan kawan aku tadi. Dpt aku bayangkan betapa kwn aku ni telah dimalukan di khalayak ramai mcm tu sekali.
Tetapi itu cerita 10 tahun dulu.. yg aku alami masa nk pegi GR tu mengingat aku pd cerita kwn aku tadi.. (sbb mesjid yg sama). Aku ni sebenarnya masa tu letak kasut aku ni kat tempat yg salah... ya la.. dah kelam kabut nk kejar waktu maghrib... janji dgn makeup artis pukul 7.15pm.
Tetiba.... kakak tu (cleaner) sergah aku mcm hilang nilai2 kesopanan... Dia kata :
"&&**%%$$))**&&" kata cleaner tu.
Lepas tu aku tukar kedudukan kasut tu... dia pun bebel lagi :
"*&^&#$%$*!" dia sergah lagi buat kali kedua.
Kalau ikutkan, patut aku bengang sgt malam tu tp sbb dlm fikiran aku cuma aku tgh gembira je nk jumpa kengkawan mlm tu. Kalau hari lain dia buat aku mcm tu.. mmg nak cari nahas la jwbnya.
Tp tu la... aku tak phm la dgn sesetgh org yg perasan bagus ni... Cuba la contohi polis-polis kat Mekah tu... kalau nak tegur pun very polite....even aku pun tak phm apa Arab tu ckp... tapi dia tegur dgn WAJAH SENYUMAN... takde la mcm kakak cleaner yg kt mesjid tadi. (aku rasa mesti cleaner tu org yg sama dgn org yg kwn aku crita 10 thn dulu).
Entah apaaaa la angan-angan dia???... hee tak paham... tak paham. semoga dia diberi hidayah. Amin.