Sunday, January 10, 2010

1001 SEBAB ORANG MERAHSIAKAN BLOG

SEKADAR GAMBAR HIASAN




ALASAN-ALASAN DI BAWAH TIADA KENA MENGENA DENGAN YG HIDUP MAU PUN MATI, SEKADAR DIJENGAH MELALUI CERMIN MAKCIK MIRROR YANG KIAN PUDAR - HARAP MAKLUM

Kenapa merahsiakan blog? Ada org yg tertanya-tanya bila sesetengah org merahsiakan blognya…. Kalau MM.. MM dah sedia maklum dgn 1001 masalah orang jadi tak ler terheran.

Ala.. apa nak diherankan.. mungkin diorg tu tak suka gambar-gambarnya jadi tontonan umum ke? Mungkin dia ramai ex-boy friend yg pernah dikecewakan ke, ex-girlnya menangis2 tak dpt kawin dgn dia ke? So, dia tak nak menambah parah luka di hati insan yg pernah dikecewakan ke? Kot nanti Nampak gmbr dia punya la happy posing hubby n wife.. teruk merana insan yg terkecewa itu. Mana la tau awek tu belum kawin lagi..

Atau dia tak suka along cari dia ke?
Boleh jadi juga dia seorang jutawan… takut orang tahu lokasi dia kat mana ke? Boleh jadi dia seorang yg ada nama, ada kuasa… so dia tak nak nanti orang berbaik-baik sgt, melobi-lobi untuk kepentingan peribadi. Boleh jadi dia seorang boss besar… so, dia tak nak la staff dia tau pulak aktiviti seharian dia…

Alasan yg mungkin boleh "membakar" lagi ialah..... Hahahaha.... jgn ler mareee.. I gurau je ni... BOLEH JADI ORANG TU ADA BINI LEBIH DARI SATU ke... Bayangkan kalau bini yg nombor 2 nampak bini pertama tu pakai emas berselirat sampai ke lengan....

Boleh jadi dia takut kena ilmu hitam ke? Mana la tau mukanya cun ke hensem ke... ada orang tergoda lalu disantetnya... muahahahaha.... ni bagi yg masih single la. Atau mungkin dia ramai musuh ke.

Dan mungkin juga sebab orang tu memang jenis PERAHSIA... dia hanya percayakan orang-orang tertentu saja dlm hidupnya...

Ah... senang cerita.. itu la antara sebab-sebab orang merahsiakan blog memasing... kalau anda dah tahu blog mereka tu.. anda kena la appreciate.. maksudnya mereka percayakan anda. So, hormatilah pendirian mereka.


ALASAN-ALASAN DI ATAS TIADA KENA MENGENA DENGAN YG HIDUP ATAU PUN MATI... SEKADAR DIJENGAH DARI CERMIN MAKCIK MIRROR YANG KIAN PUDAR... SEKIAN. Wassalam.
SO, pada sapa2 yg nak rahsiakan blog tu.. are you sure you benar2 boleh merahsiakan blog tu selagi tak adjust mode publishing tu dgn membukanya pd org yg tertentu sahaja? Hehehe.. kalau bubuh nama penuh.. pakcik goolge selalu tak dapat nak berahsia kepada umum.. so, jgn la salahkan Pakcik Google kalau anda sendiri yg membuat kesilapan.

3 comments:

  1. kekekekeke...btul..yg rahsia tetap rahsia..tiada kena mengena dengan yg hidup atau yg mati

    ReplyDelete
  2. Berahsia ler selagi boleh rahsia SP/KGee.. iyer la tu... tapi Pakcik Google selalunya tak pandai menyimpan rahsia.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.