Kebetulan MM baru je dapat keputusan penganugerahan blog berpristij pagi ni.....Bulan lepas MM telah mempertaruhkan blog MISS MIRROR di anugerah blog berprestij untuk dinilai oleh para juri professional. Pemarkahan adalah dari 1 bintang hingga 3 bintang je..... tak sampai 5 bintang ya puan2 sebab kategori ialah dari Gold, Silver and Bronze Award shj.
So... kira ok la kan kalau keputusannya adalah seperti berikut..... sebab kan MM dah cakap hari tu.... sejak blog I rosak seperti di dalam ENTRY ini.... MM dah kurang nak ambik pot tentang konsep warna and so on...
Mari kita tengok apakah keputusan dari para juri :
Terima Kasih Dan Tahniah Kerana Menyertai Anugerah Blog Berprestij. Setelah dinilai oleh penilai kami maka adalah dengan ini Blog http://sam-puansyurga.blogspot.com/ Layak mendapat anugerah Blog 2 Bintang (Silver Award).
Seperti yang telah diberitahu, Blog 2 bintang adalah seperti dibawah:
2 Bintang | Silver Award
-Blog ini kemas, susun atur yang menarik, konsep blog yang jelas,grafik yang cantik, namun penggunaan warnanya kurang kena dengan konsep blog. Mungkin dapat menambahbaik pada masa akan datang
Komen: Blog anda amat menarik, bersesuaian dengan tema blog iaitu "Mari menggedik sebentar" maka isi kandungan blog bertepatan dengan konsep blog. Selain itu, kedudukan susun atur yang kemas memudah kan para pengunjung . Namun begitu, penggunaan 1 warna biru sahaja kurang menonjolkan konsep blog yang bervariasi. Walau apapun, Tahniah diucapkan
KOMEN MISS MIRROR pulak ialah :
Saya memang suka warna putih dan terang, pendek kata, selalunya saya lebih memilih pada blog yang berlatarbelakangkan warna putih atau warna-warna lembut untuk saya "MELEPAK" lebih lama di blog berkenaan dan "MENJELAJAH" seluruh isi kandungan blog tersebut berbanding pada blog yang terlalu striking or warna-warna gelap. Sebab itulah saya suka menebeng di blog BEN ASHAARI....(walaupun beliau jarang membalas respon dari komen...mungkin sibuk agaknya :P) walaupun berlatarbelakangkan warna merah tetapi tulisan Sdr Ben di atas "karpet putih" menjadikan ianya MESRA PENGGUNA.. begitu juga blog Chedet, Hanis Zalikha, Comeisari.. dan ramai lagi....(cewah Mei... aku lepak blog ko bersebab ya..sebabnya nak buat kacau!!) ....sekadar menyebut beberapa nama.... nak sebut semua tak mampu yang...
Saya tahu itu semua cuma mind set kita je... mungkin minda saya telah diajar bahawa warna-warna malap menunjukkan kesuraman dan kesedihan.... Ini cuma pendapat saya sahaja. Setiap orang citarasanya berbeza-beza, mungkin anda di luar sana pula tidak menyukai warna putih yang polos.... mungkin ikut kesesuaian usia. Mari kita buat ujikaji untuk menilai sejauh manakah kebenaran warna memainkan peranan ke arah menjana traffic yang lebih baik.
ANDA SEMUA DIJEMPUT UNTUK MEMBAHASKAN TOPIK INI. Silakan.
salam ...
ReplyDeletehehe... jarang balas komen eh .. bukan tak nak tapi entri berjela jela.. dah jauh kedepan ... nak patah balik cari makan masa gitu .. leh terima tak alasan tu ? hahaha ... maaf yer ..bukan sombong ..
Berkaitan dengan tajuk tu yer ...
Mmg betul ... warna amat penting .. dalam apa jua keadaan , warna memainkan peranan penting .. Laut yang terkenal dengan kebiruannya ... Hutan yang terkenal dengan kehijauannya , langit , emas , dan banyak lagi .. semua dikaitkan dengan warna ..
Begitu juga dengan blog ... blogger harus pandai main warna di dalam blognya .. terlalu mendatar atau terlalu menyerlah juga boleh membuatkan pembaca lari ..
tu jer .. hehehe
t.kasih Ben sudi singgah...
ReplyDeleteok le tu...alasan boleh diterima...komen peminat2 kt blog u pun dah berjela2 nak reply one by one...alamat la tak boleh buat kerja lain jwbnya.
mungkin jugak, sbb kalau warna yg cerah bebenor, kekedg berpinau mata, harus org susah nk baca, lantas nak dtg lg pon berkira kan...
ReplyDeletebg sara... warna memang memainkan peranan...bg sara kalau warna yg 'loud' sangat sakit mata..walaupun entry menrik..kalau dah sakit mata sampai sakit kepala..tak de la sara nak tunggu lama2... warna yg soft lebih 'mesra'... kalau nak pakai warna yg terang mungkin kena pandai2 campur... kalau semua putih too simple la plak kan nanti bosan...
ReplyDeletejust my 2sent!!
Hai Sara..MM suka blog Sara tu sebab font dia cantik pastu you pilih saiz besar2...sesuai sgt la tu dgn mata tua MM ni...keep it that way..
ReplyDeleteBetul la kan.. kdg tu kita nak lepak lama kt sesetgh blog sbb terpesona dgn entry yg menarik tp terganggu oleh kilauan warnanya hingga membuat kepala maigren...tu yg dtg sekejap2 je tu.
Hai Hany .. betul tu... MM setuju.. klu dh berpinau terpaksa la guna sunglasses kan? ~ menggedix plak nanti org kata.
p/s: MM pun tgh fikir utk betulkan header tu supaya tak nampak terlalu polos. Thanks everybody for your comment.
Bab2 berkaitan warna dan kecantikan ni mmg subjektif sikit. Cantik dimat akita tidak dimata org... Mummy banyak developed system application untuk customer dan selalunya dia org lebih banyak comment tentang warna dan layout sistem tu daripada functionality system berkenaan...selalu dia org akan ckp wara tu tak berapa cantik la... bila kita tanya balik warna apa yang cantik dia org akan kata you pilih la apa2 warna lain...tak pening ke...sorry ye MM comment berjela la pulak...ni dah cam ruang meluahkan perasaan la pulak....hihi...
ReplyDeletetakpe Mummy...silalah2...teruskan meluah perasaan... kecantikan mmg subjektif, kalau tak, tak kan org kata "Beautiful is in the eye of the beholder".
ReplyDeleteTapi bila kita kaji semula ttg blog2 paling popular kat Malaysia ni rata-rata blogger yang menekankan penggunaan warna yang tidak keterlaluan & hanya dilatari oleh 1 - 2 family colour menjadi pilihan pembaca untuk terus "MENEBENG" seterusnya menaikkan ranking blog. Berbanding dgn blog yang terlalu sarat dgn warna ibarat pelangi.
Maksudnya di sini... selain populariti sesorang, warna juga memberi impak yg besar untuk jadi satu asas kenaikan traffic satu2 blog tersebut.
salam hai MM
ReplyDeleteayu nie kadangkala nak jer jelajah ari2 blog sis.
namum tak der kesempatan..maklumlah sibuk dikedai..
sis..tang warna tu kan, ayu setuju..sebab tu ayu pilih itam..senang ayu nak tgk..maklumlah sang rabun..
PS: sis..amik award apron kat umah ayu tu..
ooo mcm tu pulak Ayu ni...sebab rabun pilih hitam utk bg pix tu terserlah ya?
ReplyDeleteAda award apron plak ke untuk I? Alahaii...mekasih..selalu kalau apron ni dikaitkan dgn mereka yg rajin ke dapur je....layak ke I ni ya?
setuju... warna amat memainkan peranan..malah peranan yg amat penting.
ReplyDeletewarna yang menarik boleh membuatkan para blogger suka melekat kat sesuatu blog untuk baca entry ataupun bersiar2 kat dlm blog tu.. heee...
Syalinda ~ perkataan yg menarik ~ "bersiar2"... dpt I bayang mcm mana agknya you "bersiar2" kt blog orang... kalau dah berkenan mesti semua page u baca kan..
ReplyDeleteterima kasih kerana menerima ku di blog mu ini
ReplyDeletememang betul kata awak, warna memainkan peranan.Thanks 4 the tips
Sama2 Ayie..moga pendapat2 teman2 seperjuangan kita ini menjadi tip yg sgt berkesan utk menambahbaikan blog kita semua di masa2 akan dtg.
ReplyDelete