Akucun : Ello sapa ni?
Diawanita : Aku la.. H, kawan lama kau dulu kat TIJB.
Akucun : Oo.. hei!!! Wah kau... aku dengar kau dah meletop-letop (biasalah aku kan gedik bila dengar je member lama tepon, rasa mcm tak cukup nafas je bercakap).
Diawanita : Ala biasa jer.
Akucun : Mcm mana SPM kau dulu? (menyibuk plak tanya result org, padahal result sendiri pun.. alahai)
Diawanita : Boleh la... alhamdulilah.
Akucun : Subjek Ukur (Survery) ko dpt berapa? (Wah.. teruja nak tau subjek Ukur sebab minah ni dulu sama la dgn aku kuat menangis kalau time subjek Ukur, pening beb.. ditambah pulak dengan disipilin kat asrama yg macam dalam penjara tu... tensennnn....
Diawanita : Dapat 1
Akucun : Really? Wah hebat kau!!! Aku kagum!! Seronoknyaa!!!! (terperanjat aku seketika)
*Memang hebat... mana taknya H ni antara pelajar yg kuat menangis dan rasa give up dalam kelas. Result Ukurnya mcm nyawa-nyawa ikan jer. Suka rendah diri padahal cantik, tinggi lampai. Terasa diri orang kampung. Kawan-kawan lain budak bandar, anak orang berada (aku pun orang kampung). Memang hebat kau Minah. Tabik spring la kat kau!
Diawanita : Aku paksa diri aku Sam untuk berjaya sebab mak aku pesan aku anak sulung, aku kena tunjukkan contoh pada adik-adik. Aku terpaksa.
Sebenarnya yg ingin MM tekankan di sini ialah rasa TERPAKSA. Rasa terpaksa kerana diri ANAK SULUNG (aku bukan anak sulung, sebab tu manja sangat, kurang rasa terpaksa.. fikirku dalam hati).
Kita semua apabila rasa terpaksa memang tidak mustahil kejayaan akan menyusul.
Sebagaimana kejayaan Ngah yg MM baca dlm novel si Ain - Ungu Lavender (sepanjang pertapaan tempohari), pada zaman dahulu kala, kerahan tenaga dilakukan ke atas belia-belia untuk berkhidmat sebagai anggota Polis. Badan-badan ini membawa trak dan "menculik" belia-belia masuk ke dlm trak dan diminta menjalani latihan kepolisian selama beberapa bulan seterusnya diserapkan untuk berkhidmat dengan kerajaan. Ya, MM rasa Ngah (hero dalam novel itu) harus berterima kasih, kerana KETERPAKSAAN itu akhirnya membuat hidup Ngah berubah, mampu menyara keluarga dengan hasil khidmatnya sebagai polis walau pada mulanya kemiskinan membuatnya keciciran di dalam pelajaran.
Kerana TERPAKSA akhirnya aku terpaksa pakai baju ni untuk Dinner kot? Baju yg kat dry cleaning tu (esok kena ambik), yg tailor aku jahit tu merah sangat la.. sebab tu semalam aku beli baju ni..
Cantik tak kalau baju yg atas tu aku pakai dengan kain batik lepas ala jawa ni? Macam tak matching jer, ada ke warna unggu kita padankan dgn batik warna coklat.. Ada ker?
Rasa TERPAKSA untuk cepat sihat juga memaksa MM menelan pil-pil pahit semua ini... MM terpaksa SIHAT sihat sebab nak jaga anak, nak masak, nak reunion Sabtu ni... Alhamdulilah keterpaksaan itu juga membuat MM terasa semakin sihat hari ini. Bersyukur ke hadrat Ilahi.
Lagu KERNA TERPAKSA dari Fransisca Peters MM tujukan untuk anda semua. Semoga kita semua MEMAKSA-MAKSAkan diri untuk lebih berjaya dalam apa jua bidang yg kita ceburi.
Lagu KERNA TERPAKSA dari Fransisca Peters MM tujukan untuk anda semua. Semoga kita semua MEMAKSA-MAKSAkan diri untuk lebih berjaya dalam apa jua bidang yg kita ceburi.
Baju tu ker ko nk pakai...x longgar ker?? tp ok gak aku rase baru nampak 'berisi' skit..;)
ReplyDeletetudung ko pakai warna apa? aku bab matching kan kaler ni biasanya isteri aku akan tanya aku...sbb bnyk dah kengkawan dia puji..aku nyer match mmg best...(dah org puji kan..bukan masuk bakul angkat sendiri)
ReplyDeletetp aku tgk baju tu transparency dia mcm tinggi skt lah.....
Doyok..Tak longgar.. muat2 jer. Kebaya labuh cuma dia tak jual dgn kain sekali, tu yg aku pening nak cari kain tu. Semalam tu la, demam punya pasal aku pakai angkut je.
ReplyDeleteAda 2 option.. satu lagi tu baju masih kat Dobi.. merah menyala. Mungkin akhirnya aku pakai je yg merah tu la.. lantak la dpd yg ni.. lain mcm kan? Ada ker aku padankn dgn kain batik lepas. Dah la aku ni jawa.. bertambah jawa la agaknya muka aku nanti. Hahahaha.
Anonymous.. Tudung tu la masalah aku.. aku ingat tak jadik la pakai baju ni.. satu hal pulak aku kena beli tudung lain. Masa dah suntuk. Pakai je la yg merah yg aku cakap tadi. Merah pun merah la..
Transparent? Tak la.. ada 2 pcs.. Aku masih waras lg Anonymous.. Don't worry.
see thru hehehe..wah keren banget!!
ReplyDelete