Tuesday, October 20, 2009

SOB SOB SOB....

Jika seseorang itu tidak mengupdate blognya.... boleh jd sebab2nya ialah :

* boleh jadi PC dia rosak
* boleh jadi dia sibuk cari duit
* boleh jadi dia ada tetamu bertandang ke rumah ~ sibuk melayan, memasak.. bla bla bla.
* boleh jadi dia tgh tensen... stress!!! kepala tgh serabut!
* boleh jadi dia outstation, balik kg, gi oversea dan sbgnya
* boleh jadi dia berebut pc dgn org di sekelilingnya.

dan.... pelbagai kemungkinan boleh terjadi.... tp kalau MM malam ni tak berapa nk update blog sebab... sob sob sob.... waaaaa!!!!!!! Eh tak la.. saja je gurau ni... MM tgh happy ni.

... dan malam ni juga...puas MM cari semula email yg menarik dr seseorg yg tak berapa MM kenali... tp sbb dah penuh sgt inbox tu tak jumpa plak...

lebih kurang mcm ni bunyi email tu :

Ianya berkaitan dgn HIDUP YANG BERKAT

"Ada sorang lelaki tu... gaji cuma RM3k duduk kat satu negeri tu la. Kota metropolitan. Katakan nama lelaki tu sbg En. Mawi (mawi lagi.... mcm la MM ni peminat fanatik dia)... ok itu bukan nama sebenar ya... En. Mawi ni gaji RM3k cuma (kata2 dlm email tu la). Tapi yg menariknya... beliau mampu memberikan ibu dan ibu mertuanya duit sbyk RM500 sebulan setiap sorang. (lebih kurang mcm tu la.. lupa la aku figure dia ni.. tp yg aku ingat mmg banyak la jugak dia bagi... bayangkan la dgn gaji dia yg cuma 3k dan anak ramai).

Then bini En. Mawi ni tak kerja pulak tu.... then... anak pulak Ya Allah ramainyaa... 8 org ke apa mcm tu la.. tapi En. Mawi dan keluarganya ini MAMPU hidup dgn segalanya CUKUP. Ya la .. org kata tu makan pakai cukup, gi jalan2... dan apa2 je lah. Tiada bebanan hutang walau hidup di kota metropolitan.

Apa yg menariknya tuan2 dan puan2... bil api di rumah En. Mawi ni maintain jer RM20 tiap bulan walau kat rumahnya penuh dgn alat elektrik... ya la.. mcm kita la... ada peti ais, tv, radio, rice cooker dsb. Dah cek dgn TNB pun mmg takde apa yg rosak...

Setelah disiasat apakah amalan En. Mawi ni... pengirim email itu pun tau la jawapannya
Rupa-rupanya mamat ni suka :

1) Beliau selalu melakukan sholat Dhuha.
2) Kalau nak beli apa pun hatta mesin basuh pun beliau akan sholat isytiharah dulu.
3) Rajin membaca surah Al-Waqiah.

dan MM rasa kan you.. sebab lain mungkin sbb dia tak kedekut dgn kedua ibu bapa kedua belah pihak. So, org2 tua ni mungkin byk mendoakan En. Mawi kita ini. Agaknya la... Waallahualam.

Baiklah... sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur, otak akan generate kan all of our wish & Insya-Allah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya. Nite..

5 comments:

  1. Anonymous senior

    ya...aku pun ada menerima email ni...insaf aku....

    hari2 terkejar2 nak cari duit..nak cari duit...nak cari duit berkepuk2 utk sara anak isteri....tanpa kita sedari atau kita buat2 tak sedar kita makin jauh dengan nikmat hidup yg Allah bagi...walaupun kita kata kita bahagia dengan berkepuk2 duit tu...tp sebenarnya kita hanya 'bahagia'.....bahagia tanpa kedamaian....

    ReplyDelete
  2. ya betul ANONYMOUSsr.

    Spt yg pernah kubaca, buat apa mengejar dunia krn dunia itu "panas" disebabkan terlalu ramai mengejarnya. Letaklah dunia hanya di tangan bukan di hati.

    Bahagia akan dtg mencari kita tanpa perlu kita cari apabila kita sematkan di dalam hati dgn rasa yakin bahawa janji Allah adalah benar.

    ReplyDelete
  3. Neng...

    Sejak aku terbabit dgn blog nie aku banyak melihat diri... terlalu banyak lopong sana dan sini.

    Ko banyak membuat aku terpikir, malah hari-hari lah aku berfikir siapa ko dan siapa aku...

    Yang pastinya kalau aku "bersama" ko sejak dulu, mesti aku akan jadi lebih baik dari sekarang...

    ReplyDelete
  4. Ehhhhh tak la.. jauh panggang dr api kalau ko kata aku mcm tu MMjr. Siapa la aku ni nak "membentuk" ko jadi itu dan ini. Aku sendiri serba kekurangan. Tetapi aku hanyalah seorang wanita yg sedang berusaha untuk menjadi seorang ibu dan isteri terbaik buat suami dan anak-anak.

    ReplyDelete
  5. Neng..

    Tak juga Sam.. kadang kita rasa kita byk yg kurang tapi org di luar tgk ko dah bagus bagi dia.. sebab dia laaaggiii banyak yang kurang dari ko.

    Macam tu lah yg aku rasa...

    dah Tak ramai perempuan dalam dunia zaman sekarang nie nie yang berusaha macam ko...

    Teruskan usaha murni mu, aku admire usaha ko tu, kalau tak berjaya sepenuhnya pun at least ko dah menuju ke arahnya..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.