Wednesday, November 18, 2009

BURASAK

Nak cuba la resepi bugis ni... bagus gak.. tak payah susah2 cari daun kelapa.


Bahan-bahan:

Beras 1kg,
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
garam secukup rasa.

Bahan pembungkus :
Daun pucuk pisang (hijau muda),
Daun pisang (hijau).

Cara-caranya:
Bersihkan beras dengan air yang bersih dan toskan.
Panaskan santan hingga mendidih. Bila mendidih kecilkan api.
Masukkan garam (janganlah banyak, ala kadar saja). Bila santan sudah berubah warna sedikit, padamkan api. Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan. Ingat! jangan terlalu banyak. Beras biar lembab sedikit, tapi merata.

Cara membungkus:
Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong bentuk segi empat 4. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu)

Cara mengikat burasak:
Susun bungkusan bertiga-tiga atau berempat dengan tali rafiah. Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung yang satu lagi pada jarak 1 in, bila sampai ke hujung yang satu teruskan belitan untuk membentuk huruf ‘Z’ di permukaan dan ‘X’ di bahagian tepi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semua beras siap dibungkus. Buras hampir siap.

Memasak burasak:
Rebus buras selama 1-3 jam..Lagi sedap kalau 7 jam. (sebaiknya direbus dalam periuk yang besar di kayu api yang marak) Bila dah masak, keluarkan. Biar sejuk dahulu, hidangkan bersama hidangan ayam masak lengkuas... serunding atau sambal kacang

2 comments:

  1. nurul pnah wat tesis berkenaan burasak taw mse study dluu....haha....sedaaaappppp woooo

    ReplyDelete
  2. La.. iyer ker? ni makanan org Bugis dan sungguh asing di pendengaran Cik..

    Sedap?? Alamak.. ni mesti nk kena cuba ni.. daun pisang pun tgh lebat ni.. esok la Cik nk cuba.. hehehe.. bestnya..

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...