Thursday, November 19, 2009

KERABU TEMPE DAUN DOT DOT DOT

ini la daun dot dot dot tu.. (hai MR. DOT.. daun ni ciplak nama you la..)

Dentuman petir mengejutkan aku dari lamunan.. petang ni Jay Bee hujan lagi.. baju yg kubasuh pagi tadi dah pun bersidai, masih lagi lembab hanya selendang2 murahku saja yang dah kering. Sebenarnya hujan-hujan begini mengingatkan aku akan satu masakan istimewa sewaktu aku kanak-kanak. Resepi itu diberi tajuk " kerabu tempe busuk dgn daun kembrot"... hahahaha... apa itu daun kembrot? Aku rasa daun ini lebih manis tak payah ditranslatekan ke dalam bahasa Melayu sbb alahai.. segan la aku nak cakap... daun ni berbau busuk jadi sebab tu la org Melayu memanggilnya daun sek*nt*t.. heeeee geli aku nk ckp.

Tapi tengahari tadi aku masak jugak la kerabu tempe busuk ni.. tapi kurang ummph la.. sebabnya aku tak bubuh pun daun kembrot tu... zaman sekarang ni mana la ada jual daun kembrot yg aku rasa pun dah pupus di telan zaman senasib dgn binatang2 purba.



Kerabu "tempe busuk"? Memang.. kami memang sengajakan tempe itu menjadi busuk untuk menjadikan resepi ini istimewa. Kalau beli tempe yg berbungkus daun pisang tu.. biarkan ianya lama-lama dan agak2 busuk (bukan basi.. busuk2 manja gitu la).. barulah boleh digunakan untuk resepi ini.


Kalau boleh aku memang nak tanya dengan si ANIS... sbb neneknya pernah masak resepi ini dan sungguh sedap... masa tu hujan2 mcm ni la, Yatie bawak aku pegi rumah neneknya....anak lelakinya tengah memarut kelapa lepas tu beliau mengadunkannya dengan daun pucuk ubi, tempe busuk... masa tu aku kecik lagi ... jadi tau makan je la, mana ada terfikir nak korek rahsia resepi ke apa.. Memang sedap!!! Tip Top...

Oooo alamak.. patut la tak berapa nak umpph resepi aku tadi.. baru terbaca ni.. dia kata kena bubuh daun limau purut dan daun cekur... emm sedapnya.. OK.. nak cari daun limau purut ni.. byee.




5 comments:

  1. Haaa... Ko tanya resepi nenek ya... Anis sendiri pun dah tak ingat pasal resepi tu. Almaklum jelah kalau aku masak tempea gerenti semua orang kat rumah ni tak makan. Kalau sekarang ni anis tanya kat nenek dia pun tak ingat. Sebab nenek sekarang ni dah mula nyanyk-nyanyuk. Nenek tu dah mula lupa-lupa apa yang dia cakap.

    ReplyDelete
  2. OO iya ker? Siannya.. biasalah orang dah tua. Tapi amatlah rugi kalau ko tak mewarisi kelazatan air tangannya yg tiada tandingan tu.. Lagi satu yg Cik ingat resepi Gatot..ke gaplek yg dia buat... mmg sedap sgt. Kalau sambal belacan tu tak usah ceritalah.. mmg sedap sungguh. Alhamdulilah abah Anis pun nampaknya mewarisi kepakaran ibunya memasak. Sup tulangnya mmg tak boleh nak lawan.

    ReplyDelete
  3. peh!!!! tempe bosok!!!! Sam ni jawa ke? saya memang jawa. masa kecil dahulu adalah banyak kali makan resepi ini tapi bukan kerabu tapi tempe dengan daun ubi masak lemak kuning...siap boleh makan ratah mcm tu je, tanpa makan dengan nasik.

    alhamdulilah walaupun mak mertua aku orang perak, banjar pulak tu tapi boleh masak tempe bosok ni...cuma kurang sikitlah rasa dia.but not bad..

    ReplyDelete
  4. Yes Anonymous.. Sam is a jawanese and so proud to be a jawanese.

    Ya.. ibu mertuaku juga ada menyebut tentang tempe bosok masak lemak kuning ni..tp Sam blom pernah cuba lg.

    Ooo Mertua org Perak?. sama la tu dgn Cik Puan Muda Anis kita ni.. jgn2 sedara kot?

    Dipersetujui.. tempe ni tak semua org suka makan.. tp sgt bagus utk kesihatan, rahsia awet muda..:)

    ReplyDelete
  5. walaupun mak & hasben org jawa & aku dibesarkan di kg yg majoritinya org jawa...tapi ni la first time aku tau pasal tempe bosok....

    lagi pun aku ni dah jemu dgn tempe sbb ada satu kesah yg berlaku masa aku kecik2 dulu di kg...
    nak tau ceritanya...

    kalau aku free aku cerita kat blog aku ye...

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...