Monday, December 7, 2009

ASAM PEDAS BEREMPAH


Rasanya semua org pandai memasak asam pedas kan? But now MM nk share satu resepi asam pedas berempah..

ikan dlm 5 - 6 potong - MM guna ikan tenggiri

BAHAN A

cili kering 100gm

5 biji bawang merah/kecik

5 biji bawang putih

belacan...

all blend together...

Pastu BHN B

2 sudu kerisik

2 sudu ketumbar

1 sudu lada hitam

1 serbuk kunyit

semua blend atau tumbuk

garam sikit

REMPAH C (DIMAYANG)

1 biji bwg merah

1 biji/ulas bwng putih

1/2 inci halia

CARA-CARANYA

1) Tumis bahan2 C di atas hingga kekuningan

2) Masukkan bahan2 A yg dah siap blend tadi

3) Tunggu hingga naik minyak, masukkan bahan B

4) masukkan ikan dan bubuh air asam.. kuah biar sikit dulu...

5) agak2 kering baru tambah kuah lagi sekira-kira ikan tu tenggelam.

6) jgn lupa bubuh gula sesudu, then perasa (kalau suka)

7) Nak lagi sedap.. bubuh la hirisan nenas or tomato biar dia rasa masam2 sedap.

P/S: moral of the story... sapa kata takde daun kesum kita tak boleh masak asam pedas?? (dedicated to someone.. :P)

No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...