Harini Qistina merengekkan kek yg pernah mamanya buatkan berkurun lama dulu... (berkurun tu.. huhu).. nampak sgt mixer kesayanganku itu dh lama x kusentuh. Jgn dah berkarat sudah la.. ngeee....
Bahan2 kek tu dah ada dah tp satu je yg MM lupa beli... soda bikarbonat. So, hari ni MM telah membuat "penderhakaan resepi" kerana telah menciplak resepi wanita mulia ni.. mulianya hatimu sbb berkongsi resepi... alhamdulilah la sbb resepi ni x menggunakn soda bikarbonat.. tp tak tau la ya sama ada ok ke tak resepi ni... MM cuba ptg ni.... eh! dah ptg pun skrg.. MM nk buat skrg la...
Bahan A.
1 cawan air
1 cawan coklat / koko (Van Hountan)
1/2 cawan gula halus
Bahan B.
250 gm Buttercup (dlm 1 1/4 cwn) or 1 buku buttercup..
2 cawan gula halus
2 cawan tepung kek (mm guna tepung MFM)
6 biji telur ayam
1 sudu teh vanilla
Cara:
Bahan A.
1. Bahan A disatukan & diletakkan ke dalam periuk
2. Panaskan di atas api yang kecil.
3. Kacau sehingga ia likat
4. Biarkan seketika
Bahan B.
1. Pukul butter sama gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu & pukul lagi..
3. Masukkan esen vanila
4. Masukkan tepung kek berselang seli dengan bahan A tadi
5. Kacau hingga sekata
6. Masukkan dlm loyang & bakarlah dgn api yg sederhana *
*Api yg sederhana? MM rasa mungkin 170 darjah la kot.. selalunya selama 45 - 60 minit... ok I try..babai..
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.