Buat Mummy Gee... MM dah cuba dah resepi kek yg beliau kongsikan itu ari..mmg mudah dan senang dan gebuz!!!! Sedap betul!!!!
MM ayak tepung ~ MM guna tepung MFM sbb nk habiskn stok tepung ni..byk sgt dlm gerobok.. so cuma ayak dgn soda bikarbonat je, baking powder tak perlu sbb tepung ni dah naik sendiri..
MM boil semua ingredients : serbuk koko, butter, gula, susu pekat.. susu segar (actually patutnya guna susu cair kan? tp susu cair MM dlm gerobok tu dah expired.. MM guna je susu segar si Ain (Ain sejak dewasa ni mmg hari2 minum susu segar je.. nk suruh dia minum susu serbuk alamat la separuh cawan pun dia tak bleh habis)... tak kisah ler tu janji dia bleh minum susu..
telur 3 biji tu MM pukul guna mixer ni... org kata kalau adun guna tangan seeloknya guna senduk kayu... entah ler.. MM belasah je...
mcm biasa - lengserkan dulu acuan.. (ehem! corningware ni MM beli sendiri).. tak kan semua ibu mertua plak hadiahkan... kan? Memang tak patut.. MM beli kt JJ je..
oleh kerana pengukus ni terlalu la "comel"nya.. maka MM bungkus je guna alumium foil mcm ni... kalau nk tutup pakai penutup originalnya mmg tak muat bila acuan yg besar tadi kita letak atasnya.
after 1 1/2 hours menunggu dgn kesabaran... siap jugak kek coklat versi Mummy Gee ni.. memang mudah dan ringkas..dan berbaloi menunggu dan yg penting mmg gebuz dan yummy!!!! blom sempat bubuh topping si Shahsal dah jadikan "topping" perutnya (bukan alas perut ya tapi topping sbb Anonymous kata perut mana bleh dialas dgn makanan).. ya la tu :P
RESEPI KEK COKLAT LEMBAB
Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara :
1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam
2. Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.
3. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati.
4. Tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je)
5. Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap. Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .
TIP MEMASAK KEK CARA KUKUS :
Semasa meletakkan loyang dalam pengukus, pastikan air dlm kukusan betul2 menggelegak, bila dah letakkan adunan, barulah sederhanakan api.
Masaklah mengikut masa yang ditetapkan. Jika over limit atau api terlampau besar, nanti kek merekah.
