Tuesday, December 8, 2009

KEK COKLAT LEMBAB VERSI MUMMY GEE

First of all, MM nak ucap terima kasih byk2 kepada MUMMY GEE kerana sudi berkongsi resepi Kek Coklat spt di bawah. MUMMY GEE dengan KAK GEE tu org yang berbeza ya.. sila klik nama mereka untuk mencari perbezaannya... ta daaa.....hehehe...

Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara :

1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam
2. Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.
3. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati.
4. Tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je)
5. Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap. Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .

Untuk cara-cara memasak step by step sila klik sini.


Topping -

as usual.. kita kena double boil topping...
1/2 ketul buttercup
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat

p/s: Kek ni nak bakar pun blh tapi kukus lagi moist.

Ok readers... jgn lupa mencuba resepi ni...

5 comments:

  1. MM resepi ni pun saya amik dari internet gak bukan resepi ciptaan saya. Saya dah buat berkali2 memang x jemu makan. Saya suka kukus dlm bekas plastik kecik, so cam cupcakes le. Decorate ngan colourful choc atau fresh cream mmg yummmmmmmmmmmmmyyyyy

    ReplyDelete
  2. Dari internet?
    Ok ler tu.. anyway thanks for sharing yr recipe Mummy Gee.. I really appreciate it.

    MM pun kalau dah kebuntuan nak masak mmg cari resepi kat internet je.. dah nama pun Mama Modern kan.. lain la dulu mak mak kita.. siap buat "mesyuarat tingkap"..skrg ni tingkap jiran pun dh banyak bertutup, semua tinted je mcm mana nk mesyuarat tingkap lagi? Hehehe.

    ReplyDelete
  3. Betul tu MM sekarang ni mesyuarat tingkap pun susah sebab masing2 pagar tembok punye tinggi, buat online meeting cum chatting cum gossipping la nampak gaya..

    ReplyDelete
  4. rajinnyerr wat kek lembab tewww.. ehehe, salamm

    ReplyDelete
  5. w'salam En. Me..

    You punya trade mark tu I boleh cam dah.. "ITEWWW".. lain dr yg lain. :D
    Hehehe.. anyway thanks for visit my blog.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.