Monday, January 4, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Selamat kembali ke sekolah kanak2 and guru-guru semua... Dah snap gambar first day anak-anak ke sekolah belum? Snap ler.. wat kenang-kenangan. Kalau bukan kita ibu bapanya yg snap gmbr diorg, sapa lg... masih aku ingat saat hari pertama aku ke sekolah... bondaku menyisir rambutku dgn rapi, bubuh minyak rambut warna hijau tu.. minyak jambul ke apa org pggl. Arwah ayahanda menghantar aku ke sekolah dengan motorsikal usangnya dan mendaftarkan aku di sana... Cikgu kata, aku belum cukup umur lagi... belum cukup 7 tahun.. baru 6 tahun masa tu, tahun 1978... tapi arwah ayahanda tetap berkeras, beliau memohon kpd guru besar untuk memasukkan aku ke sekolah itu di usiaku 6 tahun.. cutenya aku masa tuuu.... hahaha.. acah aje... mana la aku ingat, gmbr pun takde.. Cikgu Matsomherbs tak nk tolong snap gmbr aku pun.. beliau pun masih mentah lg masa tu..

Guru Besar memperkenankan permohonan arwah ayahanda... terpancar kegembiraan di wajahku. (Tengok.. baiknya aku kan.. tak sabar2 nak sekolah).

So, start dari hari itu, bermula la episod seorang kanak-kanak ini memulai pembelajarannya di mana ianya digelar bukan pra sekolah tp sebab kami ditempatkan bersama-sama budak yg berumur 7 tahun, so kami ni digelar "menumpang" instead of sbg budak darjah 1.

Waaa indahnya kenangan manis zaman kanak-kanak.. hari ni nak mengimbau pulak kenangan bondaku membuat bunga dari benang kait ni...tp aku buat tak jadi-jadi...


Dah 10 tahun tak buat benda-benda ni rasa kaku pulak jari jemari.
Ok la.. hari ni nak masak lebih awal dari biasa, lipat kain lebih pantas dari biasa, kurangkan FB dari biasa and everthing nak buat lebih baik dari biasa!!! Ok babai..

No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...