Wednesday, April 14, 2010

TERIMA KASIH HALIMAH JONGANG

MM ni tak habis-habis dengan drama Halimah Jongangnya...... wuisshh!!!

Sekadar contoh sahaja.... MM ni tak faham sangat nak cerita pasal drama sebab dah lama tak tengok drama melayu sekarang ni. Kalau tak cheiya (ceria 611) mesti pokoyo...(dipaksa tengok oleh Shashal... apa nak buat).
Ok la.....Tak kira la drama Halimah Jongang ke cerita siong ke (lagi la tak tengok langsung) MM ucapkan terima kasih kat produser tu kalau konsepnya berlatar belakangkan perkampungan macam ni... mengimbau kenangan silamku...

You tau tak? My IRP tak percaya kalau kampung MM masa kecik-kecik dulu "pernah" ada sawah padi.... sebijik macam gambar bawah ni (pinjam jap dengan cik abang google)..


syahdunya melihat gambar ni... teringat arwah ayahandaku
berhempas pulas berbakti kepada bumi
untuk menyara kami

Memang la MM jarang turun ke sawah sebab "dihalang" oleh
orang tuaku....

"buat apa datang ke mari... balik rumah sana belajar..."
teringat bondaku memarahi bila MM menaiki basikal sorang-sorang
semata-mata untuk "menyibuk-nyibuk"
bermain di permatang sawah ni...
(Sawah kami ni terletak tak berapa jauh dari rumah Rasdiah Samad.)
petang-petang kalau MM balik selalu nampak beliau
bermain2 di depan rumah.

macam ni la lebih kurang pondok yang arwah ayahku
bina untuk berteduh sementara..


gambar ini pun mengamit memory pada
perkampunganku....Huaaaa sedihnya aku!!!
Al-fatihah utk arwah ayahandaku...


Piere Andre yang ganteng... MM tak pasti
sama ada ini babak dlm cerita Halimah Jongang ke dlm
drama lain....tapi MM suka drama2 berlokasikan
perkampungan mcm ni. Teruskan berkarya!

2 comments:

  1. follow me...i follow u..hehe
    nice blogging!

    http://storyaboutmuhaimin.blogspot.com

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.