Thursday, June 24, 2010

KESILAPAN-KESILAPAN DI DALAM BERBLOGJOGGING YANG TIDAK BERKESAN

Sebagaimana yg I janjikan terhadap n3 seorang blogger yang mengeluh " dah berblogjogging pun traffic still merundum"...... ok, hari ni I cuba menggedix dengan membuat kupasan ini. Ada yang tak tahu ke apa itu makna blogjogging and blogwalking? Baiklah, untuk adik-adik bawah umur yg tak tahu, hari ni makcik nak explain sikit...

Blogwalking ialah meronda-ronda dari sebuah blog ke sebuah blog... dgn kadar lambat, sambil walk sambil tu berhenti, mana ada entry yg best melepak lama sikit kat situ. Blogjogging pula meronda di blog dgn kadar pantas... tak toleh kiri kanan sebab orang jogging mana bleh berhenti2.. nanti peluh kurang keluar plak.

Dah berblogwalking tapi traffic tak naik? Oh cuba plak ikuti panduan yg I cadangkan ni..:

1) Apa kata masa blogwalking tu tukar sikit nick.... mungkin nick anda yg sedia ada tu dah biasa sgt dia masuk.... jadi mereka yg anda kunjungi tu dah tau dah apa benda yg ada kt blog u, so, dia busy dia malas la nk singgah buat sementara waktu. Tukar la kpd nama2 yg pelik2 sikit.... contohnya Fasha Sandha ke, Joyah ke? Farid Kamil ke.

2) Sebut nama yg empunya blog.... Nama adalah umpama melodi di pendengaran yg empunya diri...even just nama samaran sekalipun.. percayalah cakap I ni........ Kemesraan akan terbina di situ. Bukan saja dlm arena berblog...dlm kehidupan seharian pun.... Anda akan lebih berjaya dlm perhubungan jika anda sering menyebut nama org yg sedang berinteraksi dgn anda..

Contoh : " Hai Comei, comei sedang buat apa tu? Sedang mencomeykan diri ke?" Ha...kan nampak mesra tu....... dan tidak hanya..

"Hi" ringkas sangat kan? Tapi kalau kawan2 rapat boleh la..... Kalau yg anda blogwalking tu blog I, no worries..... I still can accept sbb I ni Mem Besar, punya byk masa utk membalas kunjungan. Tapi bagi career woman yg busy, mesti nak balas kunjungan pun berbahagi2 masa dan main pilih2 je kan.

3) Membaca sedikit entry ~ sekurang2nya membaca sedikit entry kalaupun namanya berblogjogging dan anda tergesa2, at least anda boleh mengulas di chatbox.... bila anda buat ulasan sebegini, pasti yg empunya blog rasa penulisan mereka dihargai.

Contoh : Jika topik yg ditulis di n3 ialah tentang bola ... tulis la di chatbox :

"Ya la.... saya pun mengantuk sgt sbb menonton bola mlm tadi"

4) Menulis URL blog dgn betul...... kdg ni I tengok uoll tak isi penuh URL address tu...klik2 keluar email address, mcm mana org nk membalas kunjungan.

5) Tidak hanya copy paste ayat : Eh boleh tahu tau klu orang copy paste ayat je.....sbb kita pun berblogjogging jugak kan? Let say di blog I you tulis :

"Hai.. saya sdg makan roti".... kat blog si B pun you tulis ayat yg sama........ tak mesra kan camtu.

6) Menulis di ruangan komen ~ kalau anda terlebih rajin, tulis la di ruangan komen dan tidak terhad di ruang chatbox shj. Jadi nampaklah kesungguhan/keikhlasan anda membuat kunjungan tu.

7) Tengok tarikh latest entry, mungkin blog yg u kunjungi tu penghuninya dah gi bertapa kot...sbb tu kunjungan u tak berbalas.

Ok la.... I rasa itu je la kot jawapan dari bisikan hati I sbg seorang yang menerima kunjungan.. mungkin org lain suara hatinya berbeza-beza... mungkin ada yg nak menambah2......dipersilakan.

21 comments:

  1. nie datang blogwalking yoo..bukan blogjog..jauh dtg!!!banyak tu benar nya MM...nak ajak sesiapa yg blogwalking kat umah MM dtg umah akak..hihihii

    ReplyDelete
  2. MM mmg betul tips2 yg MM tulis ni... comei pun mempraktikannya & berhasil...
    tapi kalau x de masa buat gakla blogjogging tu....tu yg selalu tulis hai je sbb nak cpt...
    comei bukannya mem besar nak lama2 bertenet ni...

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah Kak Asma.. nanti MM gi habaq kat depa suruh gi serang "rumah" akak plak.

    Comei ~ kufahami keBUSYan mu itu.. ko ingat aku sendiri pun mempraktikkannya sgt ke? Hahaha.. Kalau ada masa aku komen la pjg2 kt chatbox..tp kalau busy giler just say Hi2 je..tu yg kdg traffic pun merundum.

    ReplyDelete
  4. thanks untuk info ni MM...sangat2 berguna! akan dipraktikkan...

    ReplyDelete
  5. morning darling..

    hahaha,sumpah kalau i letak fasha sandha kena i gelak sorang2...
    hahahaha

    ReplyDelete
  6. hai MM
    hehe,saya pun Men besar,punya banyak masa utk blogjogg..sgt bguna info ni.

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas nasihat yg bernas , Mem Besar ..


    ngeeh~

    ReplyDelete
  8. Bubblesphoto ~ I tau la..u kan "peminat fanatik" dia kan? lalalala...wat2 lupa plak..org baru je baca n3 dia.

    Mommy Yen ~ Welcome to our club... Kita bukan je byk masa nk blogwalking, blogjogging malah blogsleeping kat blog org pun boleh. Hehehe..

    Shey ~ u're welcome..

    ReplyDelete
  9. MM ...

    my intention pon nty kalauda ber family nk stay at home sahaje..
    wooo, i suke u...

    ReplyDelete
  10. Bubblesphoto ~ waaaa.....makin sayang la Pak Terap tu kat u kan...dgn pengorbanan u yg besar sanggup berhenti keja tu...cepat! suruh dia gi pinang cepat sikit.

    ReplyDelete
  11. knowledge yg amat ebrguna neh..hehehe

    ReplyDelete
  12. cuba dipraktikkan ya Linda even yg menulis ni pun bukan selalu mempraktikkannya pun...:D

    ReplyDelete
  13. amboi, siap bagi tip gitu... pakar blogjogging katanya... nnt bleh try tip2 tu..

    ReplyDelete
  14. Zul ~ tip yg berkesan Zul, tak caya cubalah.. nick u kat chatbox jgn lupa tukar pd Brad Pitt ya..jgn lupa tu.

    ReplyDelete
  15. wahhh thanks dgn tips2 ni..terbaekk

    ReplyDelete
  16. Cik puan Sam, thanks la yer for the info - sharing is caring..
    saye ni baru jer nk start2 active blogging n mmg nk gain traffic for my blog so i think its a useful info for me :D

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...