Sunday, June 13, 2010

MUNGKIN KITA BOLEH BELAJAR DARI MAT SALEH ITU...


Terbaca tentang entry Mama Miraki hari ni, I ingin membuat kesimpulan... rata-rata orang2 kita ni bila ada orang ditimpa musibah, orang-orang sekeliling yang berada di persekitaran tempat kejadian bagaikan menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Contohnya macam kejadian Mama tadi... mereka memandang dengan mata tanpa berkelip seolah2 macam betul je la kita ni ada menyeludup barang keluar dari supermarket tanpa membayar....... OH PLEASEEEEEEEEEE.........ceh ceh...

Sebab I pun pernah menghadapi situasi seolah2 dimalukan di khalayak ramai seperti itu (tapi tak ler malu sgt pun sebab I tahu I memang tak bersalah), di mana handbag digeledah oleh guard disebabkan kesalahan mesin TETT TETT (mesin mengesan barangan belum berbayar). I istilahkan sbg mesin TET TET je la ya... hahaha...

Teringat masa tu, I jalan penuh bergaya (kononnya) sebab baru beli handbag kegemaran (tapi bukan beg LV la sebab masa tu belum mampu lagi beli beg LV, baru kawin katakan...beg tu bukan beli di pasaraya tu pun). Entah macam mana, tetiba keluar kat pintu utama tu... mesin tu berbunyi... Tettt..... Tettt..... I memang takde bawak barangan lain masa tu... sebab just berwindow shopping je dgn my IRP. Guard pun geledah la satu persatu, segala isi dalam handbag tu semua dikeluarkan termasuklah lipstik, bedak, maskara, handphone dan segala barangan keperluan seorang wanita. Rupa-rupanya bunyi Tet Tet tu berpunca dari bar code pada handbag tersebut dan guard pun meminta maaf.. Disebabkan Guard bertugas tu mungkin sebab dah tua, dia menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh berphysology... jadi tak le I rasa macam nak marah dengan perbuatannya tu, malah siap bergelak ketawa lagi..... Orang2 sekeliling yang memandang pun agaknya hairan napa la makcik ni boleh gelak ketawa dlm situasi handbegnya kena rampas geledah macam tu...

Tu la I pelik.... bila I tengok orang-orang sekeliling yg macam terhendap2 mcm tu tetiba I teringat sikap yang kontra mat saleh masa I makan di sebuh hotel di overseas, masa tu ada seorang minah saleh ni terjatuhkan pinggannya.... entah la apa nasib dia agaknya pada hari itu... bunyi pun memecah kesunyian pagi......... I bayangkan betapa malunya kalau I jadi dia.... ramai orang bersarapan di pagi itu, jejaka2 mat saleh yg kacak kesemunya. Tetapi nampakanya orang-orang kat situ meneruskan pemakanan mereka seperti biasa... tanpa memandang even melirik pada kejadian tersebut... I pulak yg malu sendiri sebab tercuri-curi pandang (tapi melirik sikit je la... hehehe..cover) pada minah saleh yg malang tu... hahaha, tapi telah dibantu oleh waiter yg ada di situ. Tu la agaknya jejaka-jejaka Mat Saleh tu tak sampai hati menjatuhkan air muka orang yang ditimpa musibah spt itu (kawan2 hingusan I mengistilahkan musibah sbg "kenasiban".... tak tahu la mana mereka dpt istilah tu). Apatah lagi yg ditimpa kenasiban tu seorang awek cun.... mereka pun pasti waiter akan membantu, so buat apa la mereka nak memandang2 dengan mata terjojol ~ kelak akan menambah rasa malu pada gadis tersebut yg memang dah sedia malu.

Ok la... I rasa cukuplah setakat ini I nak cerita sebab takut menyinggung mana-mana pihak... lain orang lain ragam... I pun nak tolong my MIL kat dapur menyediakan apa yang patut untuk sarapan kami pagi ini sambil bergossping.. byee...

























4 comments:

  1. assalamualaikum

    Sometimes apabila kita ini susah, orang lain akan ketawakan kita.Mereka akan menjauhi kita..

    tetapi tentang pasaraya tersebut, mesin tidak sentiasa benar..

    ReplyDelete
  2. w'salam Ayie... ha betul tu.. Ada ke patut nak ketawakan orang, kalau kena kat diri sendiri baru tahu langit tinggi rendah. Bagi akak, org mcm tu memang tak matured langsung.

    ReplyDelete
  3. betu tu MM.memang kita tau kita tak salah...tapi kan tu lah bila tengok orang semua cam tengok dah siap berenti tengok akt kita...heiiii memang mau habis beb.....kita dengan bawak anak anak2 lagi. patut dia ckp lah elok2...ini terus ambik aje beg kita.....

    apa pun kan MM, malam tadi sebab buat entry ni dan link kan MM..hehehhhe malam tadi kan Mama mimpi "terjumpa" MM lah...kelakar lah walau kita x pernah jumpa tapi siap boleh mimpi tu....ahahhaah MM dtg rumah kita dgn family...pakai tudung merah tu...hissshhhh best betul mimpi malam tadi..hehehehe

    ReplyDelete
  4. hahahahaha.. lucu la Mama ni.. bleh masuk mimpi plak ya?? alahai...terharunya I.. Tudung merah tu? Itulah satu2nya tudung kesayangan.. nak pegi lagi butik Ariani tu tak sempat2 lagi.. nak tunggu raya nanti baru pegi agaknya.

    T.kasih la Mama sudi mimpikan kita...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.