Friday, June 11, 2010

SEHARIAN BERHIGH HEEL YANG MELETIHKAN...


Salam...

Untuk teman-teman I yang selama ni pening2 dan pusing kepala tak faham nak ubahsuai layout mengikut design template menggunakan aplikasi lain, don't worry hari ni nampaknya blogspot dah sediakan macam-macam design baru... cantik2 nampaknya tu... klik je pada perkataan DESIGN dan ikutlah langkah seterusnya.

Ok... itu tentang blog, tentang status I terkini plak ialah...... baru balik dari date dgn IRP di Odean BP... lama dah tak melepak di Odean ni.... makan mee bandung yg lebih kurang 2 tahun gak la I tak merasa. (gambar upload kemudian hari.... ni pun pinjam pc bapa mertuaku, tak bawa blue tooth).

Lepas date berdua... my MIL ajak pulak merayau ke pasar malam... penat sungguh berhigh heel... apa taknya... lepas date di Odean tadi... I pegi menyoping tudung Qistina di kedai depan The Store tu.... lalu I memutuskan untuk melepak je dalam kereta sementara IRP dan My MIL membeli juadah untuk dinner kami yg pelbagai antaranya kegemaranku iaitu kuih bom inti pedas (resepi sila rujuk older post).

Balik rumah..... nampaknya mlm ni tak mandi..... huaaaaaaaaaaa.... takde air lagi... mmg mcm ni la keadaannya.....dah 2 hari dah masalah ni berlaku di perkampungan my MIL ni....... rasa mcm nak terjun sungai je.... tu la I cakap dgn My MIL tadi....... agaknya kalau kat persekitaran ni ada anak sungai kan ke best........ udaranya nyaman dan boleh mandi-manda bila masalah ketiadaan air berlaku spt ni.... mana ada sebuah kg yang perfect mcm tu kan? Ada air terjun, ada sungai......ada kerbau lembu, ada buah2an...... bestnyaa...

p/s: kenapa berhigh heel ?~ esok ada jemputan di Melaka.... nak vouge punya pasal dengan kebaya.... bawak je la sepasang kasut high heel balik ke kg..... malas nak bawak 2,3 pasang kasut...

2 comments:

  1. fie keluar byk guna flat shoes je. atau sneaker. xpun sandal atau wedges. klu keluar pkai heels, bakal merangkak la tgh jalan. hahaha. jarang guna heels la akak. x reti nak menapak sgt dgn heels neh. klu ade prom, atau kenduri je fie sarung. klu x mmg x pkai lgsung la.

    ReplyDelete
  2. sepatutnya begitu la Fie.. entah la napa la hari ni akak menggedix sgt...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.