Monday, July 19, 2010

APABILA I MEMBUJANGKAN DIRI...... Me Time In Kashmir

Tajuk Drama : "Apabila I membujangkan diri...."
Lokasi : Kashmirku dan sekitarnya....
Dibintangi oleh : Miss Mirror, Puan Hajah Bonda, Adindaku CT dan lain2......


Ini di majlis kenduri rumah mertua adindaku, CT......




majlis melenggang perut plus cukur jambul...bagi orang2 Joworld....pasti tahu apa benda yg dimaksudkan dengan rojak lenggang perut (gambar di atas)...tapi... nama je lenggang perut...sebenarnya ianya lebih kepada kenduri doa selamat...mudah2an anak yg bakal lahir selamat.

Masyarakat kini sudah sedar akan kekurafatan aktiviti membelah kelapa yg dahulukala sinonim dgn majlis ini. .. bagaimanapun masih ada segelintir yg masih percaya, rasa (manis, pedas atau sebaliknya pada rojak yg diadun oleh pembuat) sbg tanda sama ada anak yg bakal lahir itu boy or girl. Emmm jgn percaya la... Tapi I memang suka makan rojak lenggang perut ni...... tak kira la pedas ke manis ke....memang I suka!!! Bahan2nya ialah.......

Nenas disagat, lada merah, cili padi, bawang besar dimayang, gula garam dan sedikit hirisan limau nipis serta air asam jawa sedikit. Bagaimanapun I tetap rindukan pencuk nenas air tangan Anis, yg dibubuh belacan tu..


di rumah bondaku...... Terharu sbb bonda masih
menghargai hasil jahitanku ini.... dah
lebih 10 tahun usia langsir ini...


tetiba rasa nak nangis melihat kerusi antik ini...
teringat arwah ayahandaku....

APABILA I MEMBUJANGKAN DIRI? ~ ya... seharian di kampung bonda sbg "anak dara"... anak2 I sibuk di rumah atok mereka (rumah MIL)...... so, sesuka je la I melayan nostalgia lama di Kashmirku yg indah nan permai..

Ok la...... thanks pada yg sudi singgah..... rasanya kunjungan telah pun I balas... Nice2 blog semuanya.... happy blogging!!! Byeeee.......

6 comments:

  1. Salam MM lama tak jengahkan hehehhe...
    Aisey sebut pasal rojak ni kecur lak ayaq liuq balik kang nak buat la.

    ReplyDelete
  2. Ya la JS ~ rindu betul dgn penulisan JS... bagus la JS dh kembali menjahit.. moga terus sukses!

    ReplyDelete
  3. Balik Kashmir tolak hari je ke MM? Mummy hujung bulan ni nak balik PS gak. Rasanya adik beradik, ipar duai dan anak2 saudara semua ikut balik. Nak buat kenduri doa selamat sikit. Lagi dua minggu lagi rasa cam dah tak sabar. Walau setakat perjalanan 2-3 jam jer tapi balik dah tak sekerap masa emak abah ada.

    ReplyDelete
  4. ha'a Mummy... balik ke Kashmir "balik ari"... I lalu gak Pekan PS utk ke kampung ibu mertua si CT, (adik I)....masa makan kek gula hangus kt rumah mertuanya tu tetiba teringat Mummy...

    Ya tk ya la kan..dh jd tradisi org buat majlis doa selamat sebelum puasa. Selamat bergembira Mummy di kg halaman yg tercinta.

    ReplyDelete
  5. ohhh MM balik kg ker...tapi nape "membujangkan" diri...anak2tak ikut sekali...hehehe kalau anak-anak mama...sebut aje nak balik kg..semua menjerit kesukaan...huh bestnya nak balik kg....anak2 pun dah sama menghitung hari cam mamanya

    ReplyDelete
  6. Mama ~ diorg mmg suka balik kg...tp bila IRP balik semula rumah ibunya (my MIL) sbb ada urusan penting..diorg ikut balik pulak...mcm tu la ank2 I ni..bila sekali-sekala ayah diorg cuti, mmg melekat la 3,3 tu dgn ayah mereka tak nak dgn I...apa nak buat...dah nasib.

    p/s: sama la dgn I, even ayah jauh lebih garang...tp I lebih rapat dgn arwah ayah berbanding emak.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.