Tuesday, August 17, 2010

Kembali Menonton Drama....



2, 3 hari ni I asyik bergaduhkan channel TV dgn si Shashal.... gara-gara I dah mengurangkan aktiviti mengadap internet.

Oh... baru I terperasan banyak rancangan menarik kat TV rupanya....selama ni I sibuk je mengadap PC sampai tak mengikuti perkembangan drama tempatan.... produser bagaikan mendengar luahan pendapat I pulak..... hehehe...perasan!!!............ dah banyak dah drama2 yang berlokasikan perkampungan...... kalau cerita2 orang kaya ala2 Datin I memang tak minat nak tengok... baik I adap internet lagi bagus.....ptg ni bila si Ain dan Qistina balik sekolah... kami nak menonton cerita itu lagi...itu pun kalau si Shashal tak menjerit nak tengok cerita katon..... lupa la tajuk..... kalau tak silap Yatt berlakon sbg Raudhah....dan berpasangan dengan suami yg zalim bernama Fauzi (nama pelakon lupa plak........ tu la....lama sgt tak menonton drama sampai lupa nama2 pelakon).

Tapi dalam I bergaduh dgn si Shashal yang asik menonton Hagimaru (betul ke ejaan ni?) ke tah apa tah cerita katun kat 611 ceria tu?? I rasa, banyak juga perkembangan sahsiahnya terbentuk hasil kerajinannya menonton rancangan tu... sekarang ni Shashal suka ucapkan :

"Terima kasih Mama..." setiap kali I berikan botol susu padanya.

"Maafkan saya ya Mama" jika berbuat silap.

"Mama.... nanti Saya kemaskan bilik Mama ya?"

Apa? Nak kemaskan bilik Mama? Mengemas ke mengecah tu?? :(




Semua skrip2 di atas hasil pengaruh skrip2 karton tu la... Actually dia selalunya membahasakan dirinya "Shashal', ........ So, siapa kata, TV tak elok untuk budak?? Sejak petang semalam Shashal asyik bercakap dengan I... :-

"Mama, saya dah kemaskan bilik saya, cantik tak?" I buat2 tak endah je sebab sibuk la katakan. Tapi pagi tadi, terdetik di hati I nak cek apa benda yg Shashal maksudkan tu.....




oh??? :D....berkesan jugak pengaruh TV ke atas dirinya....
even tak la sekemas bilik 2 org kakaknya...
tapi kalau nak dibanding dengan hasil
kecahnya selama ni sampaikan biliknya dah jadi mcm bilik kucing beranak...
susun atur hasil usaha si cilik 5 tahun spt di atas .....boleh la diterima....lagipun
I bukannya memaksa dia mengemas pun...
kira berbaloi jugak menonton Hagimaru....

Cerita pasal anak ni....Semalam kawan I sms I..... duit untuk beraya yg dia simpan habis buat membetulkan gigi si anak tak sudah2, bermula giginya tetiba dipenuh karies, pastu reput, lepas tu dah buat tampalan, patah pulak, baru je darjah 4..... tak tahu la kenapa gigi anaknya mudah reput.... Kesian betul.... dah la anak perempuan. Kalau gigi susu takpe la...tapi gigi kekal. Dah habis beratus2 dah. Nurse kata masalah masa mengandung. Entah le.... I pun tak paham... tapi kalau gigi kuning disebabkan kesilapan ibu termakan antibiotik yg tak sesuai masa pregnant tu I pernah la dengar... kalau gigi mudah reput akibat kesilapan masa pregnant.... tak phm plak I...tak kan sebab terkurang kalsium masa pregnant kot? Oleh itu ibu2 pregnant sekalian... makanlah makanan seimbang semasa pregnant. Berbincanglah dgn doktor anda jika ingin mengambil sebarang antibiotik.... Memang banyak pengorbanan seorang ibu.... tapi bersabarlah...semua itu adalah pahala.

5 comments:

  1. MM...

    bgus la ank u tuh..

    kalau i plak ber gaduh dgn adek2 i...semua dh teens, tp still nk tgk cartoon..hagemaru laa, sinchan laa..ben 10 laa,

    i sllu benggang tau dgn mereka ber 2 tuh...x adil!

    drama yg u tgk tu ular emas... :-)

    ReplyDelete
  2. fie pon salu tengok hagemaru... haha. layankan kalau ank abg2 fie dtg umah.

    ReplyDelete
  3. MS BUBBLES ~ eh u pun layan gak ke ULAR EMAS? hahaha... lucu kan cerita tu? Tapi besttt...


    FIE ~ Memang ada specialnya cerita Hagemaru ni....sbb dlm B.Malaysia..boleh alibahasa ke BI ke? Akak pun tak tengok sgt...tatabahasa maybe ok kot sbb tu la anak bujang Akak mcm dah byk vocab BM yg dia belajar dari situ.

    ReplyDelete
  4. bagusnya anak miss mirror kemas..rajin...nati leh ajak buat kuih raya lak..kekeke

    xsabar nak ada anak wpun xkawen lagi..hihi

    ReplyDelete
  5. MM..
    ade la tgk2 sekali dua,
    nk ikut kan x boley langsung nk tgk ular..

    sgt2 fobia..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.