Pukul 3.00 pagi.... teringat plak lagu Allahyarham P. Ramlee tu....
Alhamdulilah.... pukul 3 pagi I masih lagi mengadap laptop ni.... sambil menonton sebuah drama di TV2 bertajuk Kerana Abadi Cintaku... tak berapa fokus sgt cerita tu pun... actually memang niat nak tido lepas sahur je nanti... kalau skrg I tido jawabnya sahur nanti semua tak bangun... Oh... sayalah Jam terbesar di rumah ini!!! Wahai Ibuk Ibuk Rumahtangga sekalian.... Anda pun jam terbesar di rumah anda jugak kah??? Atau harapkan bibiknya? Atau harapkan kucingnya? Atau harapkan dentuman jiran sebelah menumbuk sambal baru terjaga?
Semalam kami sahur pukul 3.00.... hahaha... me and IRP saja je nak suruh diorg sahur awal.. sebabnya dah alang2 berjaga dan baru siap masak, malas nk bangun pukul 5... bila senja je semua merengek lapar dan menyalahkan mama mereka. Itu la....sapa suruh sahur tak ikut sunnah kan?
Hari ni tak kot... I nak kejutkan mereka sejam lagi... pastu I nak tido2 ayam before subuh.
Before berbuka tadi... kami ke Bazaar UDA lagi.... dan tak sangka ada jual burasak yg telah dipopularkan oleh seorang teman bugis kami...(resepi ada di entry terdahulu).
Inilah gadis penjual burasak tu.... menurut beliau sapa2 nak tengok wajahnya di kaca TV3 esok...jgn lupa onkan TV anda pada pukul 6.30 ptg dlm rancangan........ rancangan apa tah dia sebut tadi.... something like masak2 resepi tradisional ke apa tah.... lebih kurang mcm tu la.
Sebenarnya tadi dah membeli beberapa juadah berbuka puasa untuk makan di rumah ( di bazaar UDA tu) tapi dah terstuck kat JJ pulak... sengaja distuckkan sebab pegi pun dah lambat.... (nak beli barang dapur).. so, dah alang2 kat situ.... kami pun bukak posa kat Manhattan Fish n Chip ni...
Ok la.. dah pukul 3.34 plak.... I nak masak plak... burasak dan rendang tadi I nak panaskan.... plus nak goreng telur untuk memberi mereka tenaga pada hari esok...
I terperasan muka I makin berkedut2 sejak asik tido lewat ni... start esok I nak kembali tido awal.... kot2 jadi muda semula.... Jumpa lagiiii............. wa ilal likoq!!!
Ada warung di Pontian, menjual BURASAK sepanjang tahun.
ReplyDeleteMungkin kekanda kita di Rengit tu buat BURASAK lagi raya tahun ni.
ermmm...burasak tu apa miss mirror...makanan jawa? macam mana rupa parasnya...
ReplyDeleteSaya pun kat rumah jd jam besar...tang mr hubby plak, jam bunyik sebelah teinga dia pun, dia buat pekaaaaakkk je....
MS ~ ooo kau pun tahu apa itu burasak?? Org2 rengit memang terkenal dgn masakan ini.. tak tahu plak kekanda kita itu pandai masak burasak.. aku tak pernah nampak dia masak pun?
ReplyDeleteNoorGie - sejenis masakan bugis,
sbgmana di dlm n3 I yg lepas :
http://sam-puansyurga.blogspot.com/2009/11/burasak.html
Oh congrats kerana telah berkhidmat menjadi Jam besar utk keluarga u!