E'eh.... hari ni I tak update blog eh? Maksud I... entry2 semua entry basi di hari minggu je.... pagi tadi tak update blog langsung....
Tu la hari ni....Blogwalking sana... blogwalking sini.... terkejut sana... terkejut sini.... Eh uoll... cerita di alam cyber hari ni semua mengejutkan jantung belaka kan? Eh tak tau ke?. Ke I sorang je yg terbaca?. :D.. Tak pe la kalau you al tak tau... I pun tak nak bagitau... zip mulut je sudah la kan...:D
Oh ya... lupa pulak nak tanya khabar? Apa khabar..... monday blues tak arini? Tak berapa kan... sebab esok pun last day before cuti aidil adha pada hari Rabu. Buat sapa2 yang tensen kat tempat kerja tu kan.... I rasa begini puan2.... setiap insan didatangkan ujian dengan pelbagai bentuk.
Mengikut pengalaman I sendiri la kan... ada kelebihan gak tensen kat tempat kerja ni.... first sekali ianya akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri... you all bayangkan je la kalau u tengah tensen... mesti u akan luahkan semuanya pada hubby kan? Betul tak.. Rasa pergantungan pada hubby lebih menebal pada masa itu (first sekali pergantungan pada Allah SWT). Am I right? Kita lihat la hikmah yg Allah SWT turunkan di situ.
Second, sebenarnya bila kita dah dibebani oleh satu permasalahan besar... kita tentu malas nak fikir benda-benda lain yang remeh-temeh... even kita sakit pun kita lupa yang kita sakit...sebab asyik berfikir pasal kerja...
Teringat sorang kawan I mengadu...
"Eh napa ya aku sejak berhenti kerja ni bila pregnant je aku mabuk teruk.... dulu time aku kerja tak pernah plak aku mabuk.... sihattt je aku masa tu".
Itu la yg I nak maksudkan..... maybe Allah dah bagi bahagian dia dlm keadaan "bermalas-malasan" kat rumah (eh duduk rumah tak la malas... ini ibarat bahasa pasar je utk membayangkan keadaan seorang Mem Besar). So, dugaan bagi dia pula ialah mabuk yang teruk...
Allah Maha Adil.... tak kan la nak bagi selepuk semua permasalahan tu kan.... Amat jarang la I dengar orang yang tensen kat tempat kerja dalam masa yang sama diorg pun tensen dengan perangai suami ~suami main kayu tiga dsbnya...... amat jarang! Kalau ada pun dek kerana tensen sangat si isteri tadi dah malas dah nak fikir.
Hubby tentu rasa simpati melihat isterinya yang tensen dan penuh pengorbanan....timbul rasa sayang yang menebal dan belas... Begitu juga...MIL pun makin sayang sebab menantunya berhempas pulas mencari duit sampai tensen2, gugur rambut, kurus kering.... (agaknya la.. hehehe.... itu kurang pasti).
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.