Tuesday, November 16, 2010

Entry Yang Paling Membosankan... sila jangan baca.

Dinginnya di malam ini.... suasana pilu..... terkenang daku kembali.... sejarah silam.... lalalallaa...


Malam ni, di balik tirai kamar rumah MIL, suasana tenang... tiada bunyi mercun sebagaimana lazimnya orang menyambut raya. Barangkali anak-anak jiran ramai yang tak balik beraya pada tahun ini kerana cuti pun cuma sehari.


Malam ni I tak nak menulis tentang orang lain... penat dah bergossip.. biarlah I menulis tentang diri sendiri. Lama dah tak buat karangan berjela... tengah nak mengasah skill yang kian pudar ni. Semalam si Ain dah komplen..... blog mamanya penuh dengan penderhakaan bahasa.... "mempacking" la.... "mengupdate" la.... takde dalam kamus dewan. Ohhh... begitu ya... terima kasih anakku... ini kan blog sempoi.. kalau semua mendatar je boring plak orang baca.


Ok Ain, sebagai memenuhi permintaan Ain... baca karangan Mama di bawah ini.... Mama akan guna Bahasa Malaysia baku sepenuhnya...


11.00 Aku bertolak dari rumah menuju ke rumah bonda mertua. Tak banyak barang yang kami bawa balik kali ini sebab esok petang pun kami dah bertolak semula ke JB sebab cuti raya aidil adha hanyalah sehari.


Sampai di BP perut dah terasa lapar, mana tidaknya.... pagi tadi terlupa untuk menjamah tomyam speghetti yang kusiapkan untuk anak-anak bersarapan. Aku pun tak tahu, apa yang kalutnya hingga aku terlupa akan tomyam yang kumasak dengan penuh kasih sayang itu. Mungkin sebab aku terlalu asyik mengemaskinikan blog aku pagi tadi dengan entry bertajuk dot dot.


Sementara IRP, suamiku sibuk dengan urusannya di sebuah pejabat, beliau menghantar kami makan tengahari di Pizza Hutt Batu Pahat. Urusan agak pantas juga di pizza BP ini rupa-rupanya, mungkin juga sebab pelanggan tak berapa ramai.


Aku sendiri tak pasti kenapa hari ini aku memilih untuk mengenakan kaftan merah hati yang kujahit sendiri itu sedangkan lazimnya aku lebih selesa mengenakan jeans dan baju T apabila berjalan jauh. Tiada penyesalan cuma aku tertanya-tanya....


Akhir-akhir ini aku bagaikan lebih selesa untuk bergaya ringkas sebenarnya... jadi aku rasa, terasa tidak selesa dengan selendang lip lap seperti itu, apatah lagi dengan gaun kaftan yang ku kenakan... bagaikan ingin menghadiri makan malam pula... oh tidak!! Semua ini bukan disengajakan.... sebenarnya pagi tadi aku terlupa di mana aku meletakkan kerongsang kesayanganku... Jadi, sebagai jalan terakhir kerana bimbang IRP menunggu lama untuk aku bersiap... aku capai saja selendang lip lap itu dan mengenakannya dengan tudung Ekin.


Bila membaca coretanku ini dapat dibayang bagaimana cerewetnya aku dalam bab berpakaian bukan? Oh silap itu... Anda tahu, aku boleh saja bersiap dalam masa tidak sampai 15 minit bila keadaan mendesak.


Untuk tujuan itu, aku sedia mencadangkan tip-tipnya walau anda tidak minta :-


1) Rambut jangan terlalu panjang (kalau panjang tentu mengambil masa yang lama untuk mengeringkannya bukan?). Apatah lagi nanti kita akan mengenakannya dengan tudung.


2) Capai saja baju-baju yang telah sedia disterika.... jika tak ada, capai saja baju yang anti kedut.


3) Tudung mestilah tudung Ekin atau tudung syria. Kalau tudung bawal... sudah pasti la anda mengambil masa pula untuk menggosoknya bukan?


4) Bersolek di dalam kereta.


5) Pastikan di dalam beg tangan anda tersedia kerongsang, bedak atau sebagainya untuk tujuan terdesak seperti ini. Kalau boleh masukkan sekali biskut - jika tak sempat makan.


6) Banyakkan koleksi tudung dari kain polos dan berwarna hitam dan putih (kerana senang untuk anda suai padan di masa terdesak).


tudung gipsi/tudung anting2 - sebagai memenuhi
tuntutan fesyen, aku telah ada sehelai koleksi ini
yang aku beli di pasar Kashmir.. RM25.00 sahaja.
tetapi hingga kini hanya sempat mengenakannya sekali sahaja..
mungkin sebab aku selalu nak cepat bila bersiap dan tudung
ini memerlukan masa untuk aku mengenakannya di
depan cermin.






Baiklah.... inilah sahaja entri bahasa baku dari aku buat masa ini sebagai memenuhi permintaan puteriku, Ain. Anda ada tip-tip lain untuk dikongsi berkenaan dengan Menangani Keadaan Keterlewatan? Jangan lupa kongsikan bersama kami.


Sekian. Terima kasih.

2 comments:

  1. ha, baru neh di Melaka fie nmpak tudung tu akak. ingt nk beli... tp takut kena tipu harga. x jadi beli, nnt nk beli kat sini je.

    ReplyDelete
  2. Ala murah je Fie tudung yg akak beli tu maybe sbb beli kat kedai biasa... Aritu akak nampak jual on line lagi cantik2, anting2 dia yg berjurai tu nampak lebih class sikit dan warna pun warna pelangi jenis kain kronyok2 tak perlu gosok, nampak betul2 gipsi.. harga dlm lebih kurang RM30an klu tak silap.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.