Monday, November 22, 2010

Kalau Nak Shopping Belajar Dari Kesilapan - Australia Part I

Assalamualaikum....
Hai all..... Mari Menggedix Sebentar!! Belum sempat lagi anda merindukan I yang kononnya bakal menyepikan diri kerana nak kejar kangaroo di sini , hari ni dapat pula bersiaran... hai pekabar??

Kalau nak shopping belajarlah dari kesilapan semalam - itulah yang I sematkan di dalam hati sepanjang meronda-ronda di Aussie ni, adakala dulu-dulu kita beli ikut sesuka hati last-last tak terpakai, so now kita jangan ulangi lagi kesilapan itu...

Ok... di sini I uploadkan beberapa keping gambar yang menjelaskan segalanya...

suka tengok booth yang comel-comel ni... sayangnya
kedua puteri I tu tak minat pula memakainya... cuci mata je la...


berjalan bersendirian.... ingatkan nak gi salon rambut, sebab memotong rambut di sini hasilnya sungguh memuaskan... hmm mcm mana I nak jelaskan pada anda ya tentang maksud kepuasan hati ni?

begini... dari segi jangkamasa - ianya lebih pantas - I memang paling tak suka rambut dibelai-belai terlalu lama... dari segi ongkosnya? berbaloi la jugak even 30 dollar (bersamaan RM90 - now exchange rate 3.2 semasa entry ini ditulis)..

sebab apa I kata berbaloi... sebabnya orang tu boleh potong rambut
kita yg lurus ni (tanpa mengkrinting) tapi rambut kita jadi berombak2 macam Lindsay Lohan.. ahaks!! (sila rujuk gambar di bawah)......

Kat Jb pun ada juga rasanya salon yang betul2 pro seperti ini... ya I masih ingat lagi, satu hari tu orang tu minta I pilih sama ada I perlukan khidmat dari separa profesional atau yg betul2 professional tapi harga memang la berbeza di mana masing-masing berharga RM30 dan RM90... maybe hasil pun tentu cukup berbeza ikut kadar harga yang ditetapkan. I belum mencubanya lagi..

Justify Full
tapi .. minah saleh kat salon tu cakap dengan I tadi... nak kena buat appointment plak, I tak pasti lagi untuk pergi lagi atau tak, lagipun belum memutuskan lagi potongan apa yang I nak.. nak kerinting atau nak potong pendek? tengah berfikir-fikir ni.. ... last2 makan kebab resepi
turki ni sebab terlampau lapar...



oh... sgt tak bolehnya makan sesuatu tanpa nasi...
kalaulah salad kebab ni ada cili padi... bestnyaa!!!
rindu pada tanahair tiba-tiba.... sob sob sob... (heee gediknyaa).


ni gambar pagi tadi... cuaca pagi agak sejuk juga, tu yg pakai baju tebal ni...
baju-baju sejuk kat sini lagi murah... 15 dollar pun boleh
dapat yang cantik2.... sangat menyesal terbeli
baju ni masa nak pegi itu ari sebab harganya 10 kali ganda lebih mahal
(actually temperature
di malam hari dijangka sangat sejuk) ..tu yang beli
baju2 sejuk ni semua.



sebelum dipandang pelik sebab pakai baju sejuk di musim panas, so, tukar la uniform tadi ke T.Shirt hitam ni pula tika menggedix kat shopping complex ni... 6 dollar seluar2 legging ni semua (RM18.00).




dress musim panas.... ada beli sehelai tadi...
jgn salah faham... I akan kenakan dengan kardigan kay!


Ok la... jumpa lagi di next entry.... nak bersiap-siap untuk ke
satu lokasi.






4 comments:

  1. Bestnyer jln2 kat Australia. Kejar kanggaroo...nanti satu hari mama pun tingin nak p sana. Ins'allah.

    ReplyDelete
  2. akak, Sidney akakkk. Sidney!

    ReplyDelete
  3. nie Siti Muriyati berkata2:
    Aku cm xcye je ko nie mkcik ak,anggun dan jelita..ak ingt smpi bla2 pun ak xsmpi sne,kirim salam kt kanggaru..lw leh bwk la blik,hehe..jgn lupe beli ole2 :)

    ReplyDelete
  4. MamaWana - InsyaAllah ...mudah2an... saya doakan

    Fifi - oh tidak sampai ke sana dik!! Jauh tu!!

    Siti Muriyati - eh tak la... apa plak sampai bila2... tiada yg mustahil dlm dunia ini.. aku doakan mudah2an one day ko dpt keliling dunia.. Nana/Nani..sgt berpotensi utk merealisasikan impian ko tu.. percayalah... amin..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.