Friday, December 10, 2010

Butter fingers...

Alamak! Putus lagi!!! Baru je beli tak sampai 2 minggu dah putus plak necklace ni... Boleh diistilah butter fingers ke ni? Sah ni !orang tu jual necklace kurang kualiti (sedang berusaha untuk membuat pembelaan terhadap diri sendiri). Putus talinya saja... bukan kupecahkan jed ni ya... Tiada istilah memecahkan barang di situ.

*Butter fingers? Anak-anak kecil je yang selalunya butter fingers ni.... Biasa la kan... kanak-kanak... pegang cawan... cawan pecah. Pegang pinggan... pinggan pecah.

Pegang kasut... kalau kasut cinderella yang kaca tu boleh pecah kot? Sebab tu la... pada I la kan.. memang kena biasakan diorg ni dari kecik lagi supaya jgn takut-takut untuk memegang apa-apa pun. Even si Shashal si bujang I tu pun I selalu suruh dia bawak sendiri pinggan kacanya dari jarak yang agak jauh hingga ke meja makan... Motif? Untuk bagi diorang confident dan belajar berhati-hati.

You all ada tak kawan yang mana bila menggunakan sesuatu.... elokkkk je sampai bertahun-tahun? Guna komputer berpuluh tahun... tapi masih elokkkk je komputer tu tak rosak2?
Ada handphone.. elokkk je handphone tu dijaga, ada bini...... tahannn je dengan bini yg sorang tu sampai ke tua? Ada tak?

Best kan macam tu?

I sedang berharap, charger bateri camera NIKON I yang baru dibeli ni tahan lama sampai bertahun-tahun even I beli jenis yang murah (RM52.00).... bateri perlu dicaj selama 8 jam. Kedengaran macam tak berbaloi je kan... 8 jam. Tapi at least I tak la susah hati bila tetiba bateri exhausted nak turun ke Petronas semata-mata untuk beli bateri baru.


Sebab tu la malam ni I menggedix snap photo2 ni semua... sebab dah yakin dah... jika bateri exhausted pun, I masih tak perlu keluar rumah lagi untuk membeli baru. Yey!!! Jgn gelakkan makcik ya sebab ala2 jakon sikit... Org lain tentu beli yg 2 jam caj tu kan? RM1oo lebih kan? Atau beli seiring dengan camera? Hmmm... takpe la I beli yg murah ni je...

Gambar apa lagi nak snap? Oh ya...

Dah selalu cakap kat Datuk Nuff dalam borang biodata Nuffnang masa nak mengecek BE dari nya, hobi I ialah mengumpul bracelet... Tapi lama plak tak upload koleksi bracelet tu. Kira membuat pembohongan ke tu? Tak la kan.. I segan la nak upload koleksi2 peribadi ni... tapi untuk Datuk Nuff... di sini I uploadkan...


ni la bracelet paling terbaru....sgt sukakan ianya... simple dan ringan...

ok la.. jumpa lagi... malam sudah semakin larut.. ni semua streamyx punya pasal la ni...tertunda kerja I 3 jam.... terpaksa call 100... thanks Ain sebab tolong Mama... Mama paling malas nak call bab2 ni.


* If someone has butter fingers, they are very clumsy and keep dropping things.



3 comments:

  1. wah!!!
    snap snap....
    bateri dah penuh...

    ReplyDelete
  2. Paling bosan apabila buka paip, kepala paip tercabut dan air membuak-buak. Butter finggers jugak ke tu?

    ReplyDelete
  3. MIE ~ :)

    MS ~ la...yg tu hulkogan finger..haha..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.