Friday, December 3, 2010

Mari Menguasai Pelbagai Bahasa

Teruja dan jelous dengan statement teman I tadi yang mana ayahnya dapat menguasai 9 bahasa.... Best kan.... Menurut pemerhatian I (kajian dari I je ya.. bukan ada mana-mana statistik pun) kalau kat Malaysia ni.... bangsa India paling genius bab2 menguasai bahasa ni.... tak kira la sama ada dalam penguasaaan ke atas bahasa mereka sendiri (tamil), bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris....

Apa taknya.... sebab teringat sorang kawan I, India... mereka berbahasa Malaysia di rumah mengajar anaknya... dengan suami berbahasa inggeris...dengan ibu mertua pula beliau berbahasa tamil... Itu kot rahsia mereka menguasai bahasa... Nanti la I tanya dengan Jendi..bagaimana dia mampu menguasai pelbagai bahasa termasuklah bahawa jawa dengan fasihnya.

Kat kampung-kampung I contohnya... jangan terkejut ya kalau orang-orang Cina pun sangat fasih menguasai bahasa jawa, banjar, bugis dan sebagainya...

Ada satu tip untuk kita cepat menguasai sesuatu bahasa... ada sorang forumer menulis begini :

"Aku rasa satu cara je aku dapat kuasai Bahasa Inggeris... aku kena sesat kat U.S selama bertahun2".. Oh ada benar gak tu... lepas ni kalau anda sesat di Madinah or UAE... balik mesti sangat fasih berbahasa arab pula.



"Opo iyo... bojomu papat? Yo alhamdulilah.." Mr S

"Opo iyo... bojomu papat? Yo alhamdulilah..." adalah ungkapan sebenar Mr. S yang kami temui di bandar Fremantle hari tu sebagai membalas ungkapan gurau dari ahli rombongan kami.

Menerima sapaan dari Mat Saleh ini tika di celah-celah orang ramai di tempat letak kereta.. Maybe beliau tahu kami dari Malaysia dan berbahasa Malaysia beliau menegur kami dengan jeritan ini :

"Barang murah.... bagus... bagus.." guraunya memeranjatkan kami yang sedang berjalan ketika itu.... actually beliau bukan peniaga di situ pun. Kami pun berbual sekejap... dan lebih mengujakan beliau pun pandai menguasai bahasa jawa.... Wah! jelous kan....

So moralnya ialah..... Apa kata kita belajar menguasai pelbagai bahasa. Mari mulakan dari sekarang. Kalau sehari dapat satu perkataan pun jadi la kan... daripada tak tahu langsung.

Second.... ha ni yang paling penting yang I nak ingatkan ni.....

JANGAN sekali-kali mengumpat orang dalam bahasa kita dengan harapan orang tu tak faham apa yang kita cakap.... dibuatnya rupa-rupanya orang tu lebih fasih dari kita.... ha mana nak sorokkan muka?? Heeee malunya.....

Dah 2 kali insiden ni berlaku pada I tau.... first masa tu I buat rambut.... biasa ler kan zaman anak dara......time tu fesyen rambut ala2 gondrong gitu! I sendiri pun tak suka dgn fesyen tu tapi dah terbuat.... Pastu ada mamat dari negara jiran ni sangka I yang berwajah PAN asia (don't worry...jgn tuduh I perasan.. I dah strikekan perkataan asia/asian tu...tinggal PAN je = kuali)... diorg ingat I tak pandai gaknya berbahasa jawa.... pastu jejaka-jejaka tu mengumpat I... sampai ati tau! Ish ish ish...


Second insident.... tak berapa la teruk sgt sebab tak melibatkan kerja-kerja mengutuk I... cuma sekumpulan kontraktor pembuat rumah di sekeliling I ni memasing mengutuk isteri memasing dan menyangka I tak faham langsung. Bila diorg dapat tahu yang I tersangat fasih berbahasa jawa (tersangat you.... now dah lama tak praktik pun).... terus diorg tak berani lagi nak bercakap2 hal rumahtangga mereka... jika tidak... yang dalam kelambu pun nak cerita.... ish malu I mendengarnya.... Hmmm... macam-macam hal bila lelaki berbicara sesama mereka... baru I tau.




9 comments:

  1. dapat menguasai 9 bahasa?wow, hebatnya...1st time saya dengar.kita baru jer 3

    ReplyDelete
  2. haaaa..
    hebat..

    i english pon still men dayung..bkn pakai speed boat.

    ade juge belajar mandarin, tp x practice.. huhu

    ReplyDelete
  3. MUMMYSHANE ~ 3 bahasa? BM, BI dan...satu lg? Boleh la ajar kami bahasa yg no. 3 tu plak nanti ya..

    MS BUBBLES - Mandarin I pun dah ke laut..

    ReplyDelete
  4. bagus2.
    gud job!

    http://zamdayz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. belajar bahasa memang seronok .. lebih2 lagi bahasa seperti Spanish dan French..

    tp kalau pandai bahasa Arab lagi bagus. :)

    ReplyDelete
  6. teringin nak pandai cakap orang korea.. berangan nak jumpa artis korea Rain

    ReplyDelete
  7. @Zamdayz - thanks.

    @Fyzal - yup.. seronok mendengar org berbahasa arab dgn fasih.

    @Munna - mudah2an tertunai.

    ReplyDelete
  8. Saya ni dah 1 thn lebih sesat kat German ni...Bawa anak je berjalan...Org cakap german ngan saya, saya balas je English....Tp mmg susah...Kalo gi sekolah anak2...Buat iklan gigi je lah...Senyum memanjang...Tak leh nak cakap...Rugi

    ReplyDelete
  9. Zarisma ~ laa..ya ke? Apa kata tiap kali u keluar rumah u bwk buku nota..satu ari satu perkataan pun jadi la kan.. lama2 jd dictionary..balik M'sia boleh jual.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.