Wednesday, December 22, 2010

Sebelum Rindu Terus Membunuhmu....

Sebelum menulis Diary bergambar ni.... apa kata baca dulu kata-kata Ustaz untuk memotivasikan anda yg sedang berduka... Ada ke yg sedang berduka sekarang ni?

"Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangi mu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu diakhirat.." -Ustaz Mohd Zawawi Yusoh-

Selain dari tu, I pun suka dengan apa yg ditulis oleh admin Shairul.Com ni... maybe bersesuaian untuk anda di luar sana yang sedang berperang dengan perasaan..... (perasaan rindu pada seseorang tapi tak kesampaian, cinta bertepuk sebelah tangan )... eh rindu pun kadang-kadang boleh membunuhmu secara perlahan-lahan tau tak? Sebelum ianya membunuhmu, apa kata baca doa ni....

"Ya Allah, seandainya rinduku pada hamba-Mu akan memudaratkan diriku, jauhilah diriku pada dirinya dan matikanlah rasa rindu ini padanya. Ya Allah, jadikanlah cintaku ini hanya untuk-Mu dan rinduku ini hanya untuk kekasih-Mu. Ameen". ~


Tapi kalau kerinduan pun masih enggan berlalu pergi, apa kata kita gi shopping-shopping dan hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri.. Mana la tau... kerinduanmu akan pergi seiring dengan duitmu yang pergi ..... :D

Diary hari ini....


Mana tah 2 wanita yang berjanji nak ngeteh dengan I minggu ni?
I dah post something kat wall diorg pun... tak de sebarang feedback...
sudahnya.... I gi makan di Kenny Rogers ni 4 beranak.

Nampak sangat dah terlalu lama kami tidak makan di situ
hingga agak kekok untuk membuat order..
sampaikan sudahnya kami cuma order macaroni cheese ni dan
caeser salad...




tapi muffin Kenny Rogers tiada tandingan sedapnya walau
di mana-mana...... even di luar negara pun kalah! (Ewah! Kalau
Kenny Rogers terbaca ni.. terus up harga!).... jgn dia tak tau...
Muffin yg "kami" buat pun sedap tau! "kami" ialah
mewakili blogger-blogger di sini. Ada resepi muffin lagi
jgn lupa share ya! ;) yg meletop gebuz punya tau!

Since 2 org makcik yang ditunggu tak call2... (busy pegi site kata mereka), so I pun merayau la
lagi pegi cari kasut....

comel tak selipar ni? Ada grape kan? Cute... rasa
macam nak makan...

Tiap kali melintasi rak-rak kasut di situ, Ain
asyik saja berpesan...

"Ma, kasut tinggi tidak baik untuk kesihatan tulang belakang"...

Ya... Mama tau... tapi tak best plak pakai kebaya tapi bersandal. Apatah
lagi semua kebayaku berkain labuh cecah ke lantai... (memang sengaja meminta begitu
kepada tailor yg mendesign)... Bukankah tailor selalu akan bertanya begini :

"Awak pakai kasut tumit tak nanti? Kalau bertumit, kiraan kain kena tambah seinci"

Jawapku "Ya ya... tambahkan saja 1 inci"


So, maybe ini pilihan yg paling sesuai untuk mengatasi permasalahan sakit badan
akibat memakai high heel.... (maybe).

?
?
?






sudahnya I beli Hush Puppies ni... rasa-rasanya
ianya penyelamat keadaan... sebab tumitnya besar (tak runcing)..
at least... dapatlah I "meninggikan" badan I ni... 1 inci.. cukuplah tu untuk
perasan ala2 divas!




9 comments:

  1. MM

    member pi shopping kot..sampai lupa temujanji

    wah..selain makan...sempat juga MM ngan anak-anak shopping

    ayu suka jugak heel yang tak berapa tinggi...tumitnya pasti lebar..

    ReplyDelete
  2. AYU ~ diorg gi site.

    Bila dh kawin ni mmg suka heel yg tumit lebar. Selesa sikit.

    ReplyDelete
  3. MM sgt teruja melihat sandal yg ad aanggur hijau itu..owhhh owhhh mencikk geram tingok...

    hurmmm, hush puppies memang tak mengecewakan....mesti pakai terasa seprti berjln di atas carpet merah auwwww

    ReplyDelete
  4. HANY ~ jgn mencikkkkk... sbb sandal anggur tu masih byk lg terjual kat situ..tak akan abis punya.

    ReplyDelete
  5. MM..

    i rase kite ni ber chemistry je tau. semalam pon i pegi makan kt kenny rogers. see, memang sehati sejiwa kan!!

    i tak de even a pair pon heels tau...i ade wedges je,tu pon kalau pakai lame, i mula la emosi sebab tahan sakit kaki..

    hush puppies memang comfort.tapi i mane afford pakai hush puppies ni MM, takat crocs je boleh laaa..

    ReplyDelete
  6. MS BUBBLES ~ OOO ya ke? Wow! Mmg berchemistry la tu! I sebenarnya dah berabad tak mkn kat Kenny Rogers.

    Ala sebenarnya bukan apa... I ni bukan jenis yg tiap bulan beli kasut dan pantang nampak kasut cantik terus beli... tu yg I pilih Hush Puppies ni sbb ia tahan lama dan selesa kat kaki... Ni nanti raya tahun depan la kot baru berganti baru agaknya..hehe.. sooo menyimatkan kan?

    ReplyDelete
  7. i pon jarang beli kasut..
    untuk orang yang suam-suam kuku macam i ni mampu beli crocodile je,comfort jugak..tapi cepat lembik..nak nak pulak kalau selalu kena air..

    nose,vincci..semua tu i x boleh layan..sakit kaki laa

    ReplyDelete
  8. wow macarni cheese & muffin tu.sedap tuu..
    *cute sandal hush puppies tu.saya suka sangat brgn hush puppies..berkualiti

    ReplyDelete
  9. MS BUBBLES ~ Crocodile mmg ramai kwn2 I pakai.. Sure selesa la tu. Klu Bata pun ok.. ada itu ari I beli sandal bata.. RM30 je.. ala2 selipar jepun..tp bertahun gak tahan.

    MumyShane ~ klu ikutkan design dia ni mcm tak stylo sgt kan..cuma selesa je.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...