Wednesday, December 1, 2010

Tip Ketika Datang Angin Malas Memasak

Nak salahkan sapa bila dah datang penyakit angin M tu? Salahkan ANGIN je la... sapa suruh datang kan... hehe..

Ok.... kalau nak buang angin-angin malas memasak yg bermaharajalela dalam badan... apa kata....

Memula .......

1) Pandang wajah anak-anak (sapa yg dah ada anak)... yg takde anak.... pandang muka sendiri kat cermin or muka suami ..... sian suami letih kelaparan... cehhh konon.... ape tah lagi kalau tengok muka anak-anak yg merengek.

2) Bukak internet... masuk ke blog-blog kengkawan yang rajin memasak... pandang lama-lama sikit gambar-gambar resepi tu sampai meleleh air liur...

3) Bukak TV pun boleh.... tengok la drama2 melayu yang berkisarkan meja makan.... ada sambal belacan plak tu... masak lemak cili padi.... sedapnyaa...

4) Segera membuka peti ais dan keluarkan semua sayur-sayuran dan lauk-pauk.


Longgokkan macam ni.... biar berwarna-warni... pasti dapat idea memasak bukan? Dari gambar khazanah purba peti ais yang I keluarkan ni... pasti pelbagai idea resepi yang terlintas di fikiran.... sama ada.... untuk memasak kangkung goreng belacan, tomyam, nasi goreng tomyam, nasi goreng kangkung, ikan kering goreng lada, sambal ikan bilis dan macam-macam lagi...

kalau dah kemalasan tahap melampau... goreng je ikan bilis hitam ni...
pun sodap!! Makan dgn kicap... masak la sayur air sikit..



5) pastikan semua gadget2 yang melekakan dioffkan untuk tidak mengganggu tugas-tugas memasak.

6) Oh ya... jangan lupa baca doa hilang malas (ada di entry sebelum2 ini dlm label DOA)... google search je kat atas tu.

Uoll pulak macam mana kalau angin-angin itu datang? Tak kan ambik kunci kereta terus brooom je ke restoran kot? Kelazzz!!!!!!

4 comments:

  1. Mm yang rajin masak...hehehe aiii MM, hany tgh lapooo nih, menunggu MZ xbalek2 lagik....uhhh

    ReplyDelete
  2. Hany... sama la kita... IRP pun tak balik lagi ni.. layan blog je la...

    ReplyDelete
  3. Hehe.. hebat power your eyes ya Mama.. boleh nmpk even cenonet mcm tu..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.