Wednesday, December 1, 2010

Suami Sengsara Punca Perkahwinan Bahagia

pokok lemon ni wakaf di sebuah mesjid di Aussie..


Dari malam tadi I berfikir-fikir tentang artikel ini..... Lelaki sengsara punca perkahwinan bahagia?? Sengsara boleh jadi dimaksudkan dengan penderitaan penyakit, masalah kewangan, mengalami permasalahan besar dalam hidup contohnya telah melakukan jenayah dan pelbagai lagi bentuk kesengsaraan yang mengakibatkan mereka ini bergantung pada pasangan mereka.

So, kalau si suami ni berkeadaan gembira (tidak bermasalah seperti yang telah disebutkan di atas) bermaksud kebarangkalian untuk si suami ini menceraikan isteri lebih tinggi... begitu? Amboih!!!

Bagaimanapun ini hanyalah satu kajian di barat. Kalau kita lihat di sekeliling kita kat Malaysia ni... berapa ramai lelaki-lelaki yang bermasalah kewangan menjadi sebaliknya, mereka menghadapi masalah "mental," menjadikan isteri tempat untuk melepaskan kemarahan mereka, memukul, mendera kerana stress di tempat kerja. Makin derita si suami itu makin la merana si isteri (even tak semuanya begitu).

Ada sorang kawan kepada kawan kepada kawan I tu.... menceraikan isterinya kerana masalah hutang piutang yang tak terbeban semasa zaman kemelesetan ekonomi negara beberapa tahun yg lalu. Memang kesian mendengarnya. Mungkin cintanya yang menebal pada isteri (skrg bekas isteri) membuat beliau tak sanggup melihat wanita yang dicintainya derita atas derita yang ditanggungnya .. sementelaah pula bekas isterinya cun melecun... lalu dilepaskan... dengan harapan.. biarlah dia diperisterikan oleh lelaki lain yang lebih baik dari segi ekonomi demi masa depannya... agaknya itu la yang ada dalam fikirannya... Wallahualam.

Berita lengkap tentang tajuk di atas sila baca ni :-

BERITA HARIAN ~ Lelaki sengsara punca perkahwinan bahagia
2010/05/26

FRANKFURT: Satu penyelidikan di Jerman menunjukkan rahsia perkahwinan bahagia bagi lelaki ialah dengan hidup dalam kesengsaraan.

Kajian membabitkan beribu-ribu pasangan di Britain, Jerman dan Australia mendapati, semakin gembira kehidupan suami berbanding isteri, semakin mudah mereka bercerai.

“Lelaki perlu hidup dalam keadaan kurang gembira jika mahu bahagia dengan isteri, tetapi kebiasaannya, isteri yang mulakan prosiding cerai,” lapor kajian itu. – Agensi

2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.