Saturday, April 16, 2011

Resepi Gado-gado atas permintaan

I sebenarnya pun confuse antara gado-gado dan pecel yang I pernah buat sebelum ini -- untuk resepi pecel sila KLIK SINI.


Walaupun seiras tetapi cara membuatnya tetap berbeza, mari layan gambar2 yg I kongsikan ini. Thanks kepada ibumertuaku dan bibik atas segala kerjasama semasa sessi "shooting2" ini berjalan. ------ Wah shooting konon!




tempe digoreng dan dipotong jejari


tauhu digoreng lembab dan dipotong kiub


sayur-sayuran dicelur

Kacang tanah digoreng dalam minyak penuh



Bahan-bahan yang perlu digoreng ialah cili merah, cili padi sedikit, bawang putih, bawang merah, cekur (dlm 5 ketul). Blend kesemuanya bersama kacang tanah, gula merah, gula pasir, belacan, garam dan perasa. Curahkan sedikit air asam jawa ke dalam blender. Oleh kerana aktiviti menumis tidak berlaku untuk resepi ini, sila pastikan bancuhan air asam jawa menggunakan air yg telah dimasak.


p/s : Kalau pecel guna cili kering.




setelah sayur2an dicelur..

setelah dicurahkan kuah ke atasnya...

Jemput makan!!!


MOTIF ENTRY INI : Ada sorang anak dara tu nak kawin dengan lelaki jawa, inbox I bertanyakan resepi-resepi jawa yang popular... Weyy kau!!! Orang jawa sekarang suka makan cheese tau! Silap haribulan gado-gado pun mereka tak reti nak makan. Baik you belajar buat muffin mozarella - sedap! Nanti esok lusa I share. (itu pun kalau dapat kelulusan dari yg empunya resepi).

6 comments:

  1. sumpah sampai saat ni ai tak masih tak reti nak beza pecal ngan gado2.. samer jer rupe ai tengok.. huhu... asben ai suke masakan jawa..mekaseh sangat bagi resepi penambat jiwa ni..:p

    ReplyDelete
  2. ATY - sama2... Selamat mencuba ya Aty..mudah2an suami bertambah syg ;)

    ReplyDelete
  3. MM,i panggil pecal makanan ni, sedapkan, kuah dia tu menggoda sungguh

    ReplyDelete
  4. DR SIRNA - My MIL kata ini gado-gado.. pecal ada resepi lain yg I pernah "shooting2" sebelum ini.

    ReplyDelete
  5. MM...kalau ikut mama..pecal tu pakai cili api macam yg MM buat ni,,,tapi kalau mama buat tak suka letak cekur...gado2 pulak yang pakai cili kering dan ada letak telur rebus dan tak berapa pedas....ntah betul ke tak erk..mama punya penerangan ni...belasah ajelah labu...

    ReplyDelete
  6. Mama - Oo yg ni pecal? Sib baik la tak bukak restoran I ni kan Mama, nanti customer order lain, I buat lain.. hahaha..

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...