Thursday, September 8, 2011

Cerita Mat Indera Itu Telah Merenggut Tangkai Hatiku..

Bila membaca entry MS yang bertajuk CERITA MAT INDERA, hatiku sebenarnya bagai direnggut-renggut...


Mat Indera - 2 dari kanan


Bukan sebab terkujat dan terkesima dengan kisah berdarah di bawah pohon kluih itu...
(Pohon Kluih yg menyaksikan kisah berdarah pengikut Mat Indra)

pohon kluih yg semakin luput ditelan zaman

Tapi.... menyebut tentang pohon kluih itu membuat aku teringat kembali kenangan bersama arwah ayahku.. sob sob sob... syahdu la pulak tetiba. Al-Fatihah untuk arwah ayahanda tercinta. Pohon gayam ke pohon kluih? Entah la... tetiba kotak fikiran aku ni macam dah tepu pulak untuk mengingat semula pasal pokok-pokok besar yang pernah tumbuh "menghiasi" kebun teratak kami. Tapi yg ku ingat hanyalah... pokok itu sangat besar dan menggerunkan...

Ah tetiba aku seperti mengarang sebuah cerpen seram plak.. oh tidak! Aku bukanlah penulis majalah Mastika. Pun bukan la blog aku ni sebuah blog politik. Meski cerita Mat Indera ni telah aku dengar dari pelbagai version (pro and con) tapi biarlah aku nokhtahkan penceritaannya setakat di sini sebab tentu follower aku lebih cenderung untuk mencari resepi atau berbincang tentang masalah-masalah kewanitaan di sini (berdasar cctv itu) berbanding sesuatu yg aku sendiri kurang pasti meski aku dilahir dan dibesarkan di daerah yang menyaksikan kematian Mat Indera itu... tapi aku macam musykil... kenapa korang lately ni asik serf tentang "KEMAAFAN YANG TERTANGGUH" kat blog aku ni ha?

Entahlah... mungkin aku yg teringgal keretapi kot.. sebab sejak raya ni aku memang dah tak bukak tv langsung.


2 comments:

  1. Yg mati di situ, salah seorag pengikutnya. Mat Indera dibawa polis ke balai polis Seri Medan. Akhirnya dihukum gantung di penjara Taiping.

    Di situ memang ada 2 pokok. Pokok yg berbeza bentuk daunnya. Dua2nya itu betul.

    ReplyDelete
  2. Ya tau... kan aku dah baca kt blog hang tadi.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.