Tuesday, September 20, 2011

RESEPI DAGING HITAM MANIS

Resepi Daging Hitam Manis



Hasil snap guna webcam.... alahaii gelap gulita pulak jadinya pix ni. Memang sesuai la tu dgn nama resepi ni punn.... Daging Masak Hitam legam Manis utk lunch kami hari ni. Bateri camera dah exhausted.. tu yg guna webcam... sbb dah terjanji nak sharekan resepi ni dgn "Gang Main Masak2".

Tulis resepi dulu la kan... nanti baru bertonyeh a.k.a menjoyah.. Apa I nak menjoyah arini ya? (Eh tetiba teringat Fifi Rahmat pulak bila mencurik pinjam ayat "menjoyah" ni).

RESEPI DAGING HITAM MANIS

1 mangkuk besar daging (sekira2 sepinggan spt gambar atas tu ye) - direbus bersama setengah mangkuk kicap (dia tak sebut kicap hitam atau apa... tp I belasah je rebus guna kicap manis :D... lebih afdhal guna kicap pekat hitam kot.. )

Bahan A
Segenggam ketumbar
Segenggam jintan putih
(Semua ni sanggan dan blend kering2)

Bahan B
8 tangkai cili kering dibuang biji, direndam sekejap lepas tu digoreng dlm minyak (ni tip untuk
mengurangkan kepedasan... tp jgn la sampai hangus plak.. tak sedap)
3 ulas bwng putih
2 ulas bawang besar
halia sikit
(Semua bhn2 di atas diblend together)

1 sudu teh atau ikut suka...serbuk lada hitam (jika takde yg serbuk.. tumbukkan lada hitam)

Kicap

Rempah tumis* (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)

asam keping

Cara

1) Masukkan minyak dlm kuali, masukkan rempah tumis* dan tumiskan bahan2 B, biar sampai naik minyak barulah masukkan daging yg telah direbus empuk tadi. Gaul sebati.
2) Masukkan bhn A, masukkan serbuk lada hitam.. (bubuh kicap lagi jika kurang hitam) gaul lagi.... dan perasakan garam, gula dan asam keping. (Semua ikut citarasa anda). Kalau kurang sedap bubuh la perasa. Itu je.. siap!!!


Tak jadi nak menjoyah sebab keja tgh menimbun pulak tetiba... jadi, lain kali je la kita menjoyah ya Mem... (Mem tu utk Mem Besar).

2 comments:

  1. tgah cari resepi daging masak itam tapi ade santan...dimana ye mau mencarinye...

    Apa Khabar MM sehat ke???

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah sihat..thanks Puan C.O.

    Tentang resepi tu, nt saya akan tanyakn dgn kengkawan. Klu mereka ada, nt saya tuliskan entry.. insyaallah.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...