Katakan.... anda terlihat seorang kawan lama sepersekolahan yang hanya menghuni rumah usang peninggalan orang tuanya di kampung yg hampir nak runtuh, rutin hariannya hanya menyambit rumput untuk membantu suami.. anak-anak pula ada seramai 8 orang misalnya. Dia tidak mempunyai talian internet macam kita, bertudung Ariani jauh sekali, beli selendang RM10 pun tak mampu... apatah lagi makan sedap-sedap di restoran terkemuka. (Ini sekadar cerita rekaan semata-mata ya).
Apakah persepsi anda? Adakah anda akan kata ...
"Kesian... nasib kau tidak sebaik aku".
Itu tidak dinafikan bukan... tapi jika kita pandang dari mata hati, persoalan itu mungkin akan bertukar menjadi...
"Entah2...Nasib kau di akhirat mungkin lebih baik dari aku..."
Apakah persepsi anda? Adakah anda akan kata ...
"Kesian... nasib kau tidak sebaik aku".
Itu tidak dinafikan bukan... tapi jika kita pandang dari mata hati, persoalan itu mungkin akan bertukar menjadi...
"Entah2...Nasib kau di akhirat mungkin lebih baik dari aku..."
The Power Of Miskin (Orang Miskin Mempunyai Peluang Yang Besar Untuk
Menggapai Syurga). - I sedang menghabiskan pembacaan pada buku ini.
Menggapai Syurga). - I sedang menghabiskan pembacaan pada buku ini.
Ya.. itu mungkin... mungkin boleh terjadi. Wallahualam. Sesuatu padanya yg boleh kita cemburukan mungkin sebab dia tak sempat berjumpa orang...busy... menyabit rumput, mana nak jumpa orang... paling2 jumpa kambing. Embekkkk.. tu je la kan... tak sempat pun nak mengumpat, apatah lagi berbangga-bangga dan takbur, nak eksen dengan rupa paras pun tak ada la rasanya sebab wajahnya pun dah tak ubah seperti makcik2 bahana selalu terbakar oleh pancaran suria yg membakar kepala.
So, moralnya.... Buku ini sebenarnya lebih kepada "motivasi" untuk orang-orang yg ditakdirkan menjadi miskin supaya tidak sedih dengan kemiskinan itu, (bukan bermaksud menggalakkan orang menjadi miskin... tetapi sebagai satu kata-kata semangat untuk menggapai peluang meraih syurga-Nya dengan cara memanfaatkan erti sabar dan khusyuk dalam beribadah, sentiasa dalam keadaan tawakal dan mengharap hanya kepada Allah S.W.T. Dengan demikian, waktu yg kita miliki tidak disibukkan dengan urusan harta benda). Betul la tu kan... orang2 kaya selalu sibuk dgn urusan duniawi dan materialnya... silap haribulan, solat pun tak khusyuk... itu belum lagi dipersoalkan tentang ke mana harta-hartanya telah dipergunakan semasa hayatnya, no wonder kalau orang2 miskin lebih dahulu masuk ke syurga berbanding orang2 kaya.
p/s : So... mengapa harus kau mahu berlagak sombong hanya dgn sedikit kelebihan yg kau ada..sedangkan kau tak tahu siapakah dirinya di sisi Allah?
assalamualaikum..
ReplyDeletekak.........
itulah kelebihan mereka yang kekurangan..
untuk kita y hidup bersederhana..
molek kalau kita ingat dan sedar akan mereka..
isnyallah.. sedekah, amal jariah membantu mereka
PS; kak... buku tu nampak sangat best.
Waalaikumsalam Ayu.
ReplyDeleteMmg best..tp akak blom abis baca lg...sibuk berblog...hehe.
Miskin di dunia, tapi kaya di akhirat..
ReplyDeleteameen, semoga kiter akan lebih mensyukuri nikmat Allah SWT
Begitulah hendaknya Linda..
ReplyDelete