Tuesday, January 17, 2012

Risau tak kalau anak-anak asyik makan junk food?

Dari dulu I memang risau kalau anak-anak suka memilih makanan2 ringan untuk dipenuhkan dlm troli shopping. Selalunya bila dah sampai rumah baru I terperasan ianya "segunung".. (sebab bukan I yg membayar.... tu yg tak perasan kot..:D). 

Ya la... you all tau kan ketidakbaikan kalau kita terlalu banyak sgt makan benda2 yg byk MSG ni kan.. Tapi ada pelbagai pendapat bila I bincangkan perkara ni dgn Ahlil Mesyuarat Tingkap ......

AHLIL I : Biarlah diorang tu makan sepuasnya... lama2 muak nanti tentu tak nak makan lagi" - (entah ler... mcm tak muak2 je pun I tengok. Muak dgn yg ni... nanti berganti plak dgn yg tu)
.

AHLIL II : "Aku pulak.... cuma tak nak nanti diorang jadi macam orang kebulur tak pernah mkn bila nampak benda2 tu kat rumah orang.... So, aku layankan jelah apa yg diorang suka". - (mungkin ada benarnya..)


Tapi alhamdulillah.... akhir2 ni.... suara hati aku didengar jua. Bukan la stop tak beli langsung  tapi tak la sebanyak dulu sampaikan dah mcm "kedai runcit yg dah nak bankrup" plak dapur aku jadinya masa tu. Hari tu beli, hari tu jugak nak abiskan.. Yg mana tak abis akhirnya jd habuan semut, last2 buang... kan membazir lagi satu hal!!

** Kedai runcit yg dah nak bankrup = stok tak terlalu byk.... tak terlalu sikit... itu maksud aku. :D

Semoga kerisauan Mama ni terus didengar.... semua ni utk kebaikan korang jugak Nak...




Gambar-gambar bawah : Sekadar hiasan
tiada kena mengena dgn entry




Kalau Mama... baik Mama makan jagung... lagi sedap.



Pau yg jiran MIL bagi ni pun sedap..






"Sambal kicap tahun" pemberian ibu mertua ni pun sedap...
Resepi : Sama je mcm kita buat sambal kicap biasa tu..
cuma tambahkan sedikit asam jawa utk bagi dia
lebih awet mudasampai berbulan2 (tapi masuk ler dlm peti ais).


Ok la... Mama nak menggoreng pisang, ada setandan pisang tgh masak kat belakang rumah.. cicah dgn sambal kicap atas ni.... tentu sgt sedap... lebih sedap dari semua makanan2 ringan tu.

Ketika gambar dirakam, ianya belum masak ranum lagi

4 comments:

  1. dulu-dulu jangan harap nak makan benda nie semua.. skrg berlambak di pasaran..

    ReplyDelete
  2. DEQ SU - Zmn kami dulu cuma mkn pop corn dgn kekacang je.

    ReplyDelete
  3. suka sangat pisang tanduk cicah sambalkicap!

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.