Wednesday, February 1, 2012

Apalah sangat....

**Apalah sangat jika seseorang mengkasari  kita, lalu kita maafkan... anggap je 
org tu ada masalah jiwa.. ( apa kata selongkar balik dairy lampaunya...hehe).

**Apalah sangat jika boss kita marah2.....dlm berjuta yg ditemuduga dia dah sudi ambik kita keja tu dah untung... apalah sangat...


**Apalah sangat jika teman blogger kita yg dulu merayu2 kat chatbox kita... "boleh tak link exchange? " (sila ulang 10x)....... then kita pun link exchange la walau terpaksa (khe3), then berlaku la MOU di situ... pastu bila dah popular, link kita pun entah ke mana... apalah sangat kan...   (tp dlm kata "apalah sgt... apalah sgt"... semalam I pulak yg remove link dia.... wahaha... jahat, berkira eh?  Tak juga.. tp saja je nak cepatkan loading... lagipun kita dah follow pun blog dia.. boleh baca je kat dashboard... no problem.. peace.. ) ^ _ ^








Apalah sangat  kita beri je "KEMAAFAN" itu kepada org yg buat kita ya puan2... jika kata2 maaf  itu nilainya sangat BERHARGA utk kita  di padang Mahsyar kelak.... Wah! Bestt...

"Sebenarnya I baru je menonton video  Prof Muhaya ni...
MARILAH KITA LEMBUT-LEMBUTKAN HATI
jika ada masa tonton le nt.. 
mungkin akan mengubah pola fikirmu tentang hidup ini"


(eh kita mcm berpantun plak.. :D)








Motivasi utk memaafkan orang :


Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: 

“Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”(HR Abu Daud)



Jadi....  BIAR ORANG BUAT KITA... JANGAN KITA BUAT ORANG..


p/s :  Cakap dan tulis mmg senang kan.... nak melaksanakannya?    I sendiri pun kalau dah sakit ati & disakiti orang... haissh... ambik masa gak nak pulih  wey..








4 comments:

  1. Apalah sangat kan kan kan... tapi takpa. Bila org buat kita, kita tak perlu balas andai kita teraniaya Allah swt akan membalas lebih dahsyat drp yg kita sangkakan. Senyum sokmo....

    ReplyDelete
  2. ala.. no 3 tu saya rasa sedihhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada cerita di sebaliknya ke Dik Yu? Ololo.. jgn ler sedih... anggap je semua ada hikmah di baliknya.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.